Kejayaan dimiliki oleh Universiti Putra Malaysia yang terdiri daripada :
syabira Izaty
Zahir Abd Aziz
Hafizah Yunus
Nabilah Nani
Tahniah diucapkan kepada semua pendebat terutama En S kerana banyak menyokong .
KUALA TERENGGANU 19 Julai - Universiti Teknologi Petronas (UTP) muncul juara Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2010 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini.
Pasukan yang diwakili Junnyaruin anak Barat, Muhammad Imran Muiz Abidin, Muhamad Siddiq Mahyuddin dan Mohd. Khazaidi Kamaruddin itu menewaskan pasukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Ummu Umairah Azahari, Mohd. Ikhwan Mohd. Rosseli, Mohd. Shah Izad Salleh dan Nor Izati Lokman yang bertindak sebagai pembangkang pada peringkat akhir debat tersebut. Manakala Mohd. Ikhwan dianugerahkan Pendebat Terbaik Pusingan Akhir.
UTP yang bertindak sebagai kerajaan, berdebat berhubung usul Penguatkuasaan Undang-Undang Lebih Berkesan Daripada Pemantapan Kesedaran Dalam Menyelamatkan Alam Sekitar.
Pasukan Universiti Putra Malaysia pula diwakili oleh Nur Fara Syazwani Jufrin, Muhammad Badri Ishak, Norlida Idrus dan Muhammad Zahir Ab' Aziz telah berjaya layak ke pusingan separuh akhir namun hajat untuk mempertahankan kejuaraan lalu tidak kesampaian apabila tewas kepada Johan edisi 2010 ini. Berikut ialah pencapaian individu pasukan UPM:KOTA KINABALU 16 Mac - Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini dinobatkan sebagai juara pertandingan Debat Perdana Integriti 2010 selepas menewaskan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
UPM yang diwakili oleh Mohd. Syamsul Salleh, Ammar Redza Ahmad Rizal, Amiruddin Abd. Rahman dan Cecilia Evelyn Cornelius berjaya membawa pulang piala dan wang tunai RM6,000. Pasukan juga mengunguli peringkat saringan yang melibatkan 27 institusi pengajian tinggi dari seluruh negara itu.
Kejayaan ini lebih manis lagi apabila pasukan yang sama dapat menebus kekecewaan pada pertandingan yang sama pada tahun lalu.
Pertandingan turut menyaksikan pendebat daripada UPM, Mohd. Syamsul Salleh dipilih sebagai pendebat terbaik.
Hadiah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Tahniah dan syabas di atas pencapaian yang membanggakan ini.