Khamis, 22 Julai 2010

Debat Alam Sekitar 2010 (UMT)

KUALA TERENGGANU 19 Julai - Universiti Teknologi Petronas (UTP) muncul juara Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2010 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini.

Pasukan yang diwakili Junnyaruin anak Barat, Muhammad Imran Muiz Abidin, Muhamad Siddiq Mahyuddin dan Mohd. Khazaidi Kamaruddin itu menewaskan pasukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Ummu Umairah Azahari, Mohd. Ikhwan Mohd. Rosseli, Mohd. Shah Izad Salleh dan Nor Izati Lokman yang bertindak sebagai pembangkang pada peringkat akhir debat tersebut. Manakala Mohd. Ikhwan dianugerahkan Pendebat Terbaik Pusingan Akhir.

UTP yang bertindak sebagai kerajaan, berdebat berhubung usul Penguatkuasaan Undang-Undang Lebih Berkesan Daripada Pemantapan Kesedaran Dalam Menyelamatkan Alam Sekitar.

Pasukan Universiti Putra Malaysia pula diwakili oleh Nur Fara Syazwani Jufrin, Muhammad Badri Ishak, Norlida Idrus dan Muhammad Zahir Ab' Aziz telah berjaya layak ke pusingan separuh akhir namun hajat untuk mempertahankan kejuaraan lalu tidak kesampaian apabila tewas kepada Johan edisi 2010 ini. Berikut ialah pencapaian individu pasukan UPM:

Pendebat Terbaik Liga :
Muhammad Badri Ishak
Norlida Idrus (Tempat ke-8)
Nur Fara Syazwani Jufrin (Tempat ke-11)

Tahniah diucapkan kepada para pendebat dan penganjur kejohanan tuan rumah UMT kerana telah menjayakan Debat Alam Sekitar 2010. Jumpa lagi tahun hadapan.

Tiada ulasan: