Memori KDBM@PUTRA

Rabu, 2009 Julai 15

PERTANDINGAN DEBAT INTERKOLEJ (PENDEKAR)

PENDEKAR kembali lagi! Pertandingan Debat Interkolej (PENDEKAR) kali keempat akan diadakan pada 31 Julai - 2 Ogos 2009 bertempat di Kolej Keenam. Semua ahli KDBMPUTRA diharapkan dapat memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.
KDBMPUTRA sangat berharap anda terlibat dalam pencarian dan latihan ahli-ahli baru di kolej masing-masing. Semoga usaha ahli KDBMPUTRA berjaya menggilap bakat-bakat baru sebagai pelapis pada masa akan datang.

Ahad, 2009 Jun 28

Selamat Datang ke UPM


Kelab Debat Bahasa Melayu Universiti Putra Malaysia atau lebih dikenali sebagai KDBM@PUTRA mengucapkan TAHNIAH dan SELAMAT DATANG ke Kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) kepada pelajar-pelajar baharu kemasukan sesi Julai 2009/2010. Kami di KDBM@PUTRA mengalu-alukan kedatangan anda.

p/s : kepada pelajar baharu yang berminat dengan dunia pengucapan awam boleh terus mendaftarkan diri anda sebagai ahli pemikir KDBM@PUTRA

Jumaat, 2009 Jun 26

Debat Alam Sekitar Kembali!!

Selepas UiTM merangkul kejuaraan dalam DAS08 yang berlangsung di UMS, dengan menewaskan UIAM di peringkat akhir, jadi siapakah yang akan mengungguli DAS pada tahun ini?? Adakah UiTM akan mengekalkan kejuaraan?? Atau mungkin UIAM akan kembali merampas kejuaraan?? Atau mungkin UPM sendiri yang akan melakukan kejutan selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 1994?? Segala-galanya bakal ditentukan dalam Pertandingan Debat Alam Sekitar 2009 (DAS09) yang akan diadakan di Universiti Teknologi Petronas pada 24 Julai 2009 hingga 28 Julai 2009.

Berikut merupakan usul bagi 6 pusingan saringan Debat Alam Sekitar 2009 :

Pusingan 1
Penerokaan Hutan Membawa Faedah

Pusingan 2
Penggunaan Pembungkus Plastik Perlu DIHaramkan

Pusingan 3
"Earth Hour" Perlu DiTeruskan

Pusingan 4
Kereta Hibrid Hanya Menguntungkan Pengeluarnya

Pusingan 5
Dunia Memerlukan Teknologi Biofuel

Pusingan 6
Perdagangan Karbon Menjual Alam Sekitar

Suku Akhir
Penguatkuasaan Undang-undang Alam Sekitar Lebih Efektif Daripada Insentif Ekonomi

Separuh Akhir
Pencinta Alam Sekitar Cuma Bertepuk Sebelah Tangan

Akhir
Masalah Alam Sekitar : Agenda Politik Mesra Alam Adalah Jawapannya

Untuk melawat laman blog rasmi Debat Alam Sekitar 2009 (DAS09), sila klik pada imej di bawah ini :

.

Ahad, 2009 Jun 21

DEBAT KEPENGGUNAAN 2009 (UTHM) - UPM JOHAN!

Pertandingan Debat Kepenggunaan yang berlangsung di UTHM dari 18-21 Jun 2009 telah menyaksikan pertemuan antara pasukan UPM dan UKM di pentas akhir. Pasukan UPM telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Debat Kepenggunaan 2009 dan Mohd Syamsul Salleh sebagai Pendebat Terbaik. Pasukan UPM yang diwakili oleh Mohd Syamsul Salleh, Ammar Redza Ahmad Rizal, Amirrudin Abd Rahman dan Nur Hafizah Md Yunos menunjukkan prestasi yang cemerlang apabila mereka berjaya menumpaskan pasukan lawan dalam keenam-enam saringan. Mereka telah menewaskan pasukan dari USM di peringkat suku akhir dan pasukan dari UTP di peringkat separuh akhir untuk mara ke pentas akhir.


Kejayaan pasukan UPM kali ini menebus kembali kekecewaan setelah ditewaskan di pentas akhir oleh UIAM pada tahun lepas. Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada warga KDBMPUTRA untuk memacu diri dalam arena perdebatan.

Berikut adalah senarai pasukan yang turut berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir dan separuh akhir:

SUKU AKHIR

Universiti Putra Malaysia
IPGM ISLAM
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Teknologi Petronas BoldUniversiti Tun Hussin Onn Malaysia
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Universiti Teknologi Mara
Universiti Sains Malaysia

SEPARUH AKHIR :

UPM vs UTP

UKM vs UiTM

Kedudukan 10 Pendebat Terbaik Liga :

BIL

NAMA PESERTA

PASUKAN

1

MOHD FIRDAUS BIN AHMAD

UM

2

MOHD KHALIS KHALID

UKM

3

AMIRRUDIN ABD RAHMAN

UPM

4

HAFIZAH ABD LATIFF

UIAM

5

AZMIL B SHARIFFUD-DIN

USM

6

MOHD SYAMSUL SALLEH

UPM

7

MOHD RAFEE B MOHAMMAD

IPGM KPI

8

AHMAD BAIHAQI

UPSI

9

MUHAMMAD AZZAIRI B ROSLE

UM

10

SHAFIQ B MAHADI

UKM



KDBMPUTRA mengucapkan tahniah kepada semua pendebat yang terlibat kerana berusaha untuk membudayakan debat. Bersama kita berusaha untuk kejayaan akan datang.

p/s: tahniah juga buat semua ahli KDBMPUTRA. Kehadiran anda sangat dihargai. Teruskan belajar!

DEBAT PERPADUAN & INTEGRASI NASIONAL 2009 (UNIMAS).

Pertandingan Debat Perpaduan & Integrasi Nasional yang berlangsung di UNIMAS pada 12-16 Jun 2009 yang lalu telah menyaksikan UiTM berjaya menumbangkan UM dalam perlawanan akhir, yang turut menobatkan ayam tambatan UiTM, Khairul Nizam Bakeri dinobatkan sebagai pendebat terbaik pertandingan akhir.


Bagi pasukan UPM pula yang diwakili oleh saudara Mohd Syamsul Salleh, Tan Tai Boon, Amirrudin Abd Rahman dan Ammar Redza Ahmad Rizal, jika tahun lepas UPM tidak berjaya untuk mara ke suku akhir, namun, prestasi edisi debat Perpaduan kali ini berjaya ditingkatkan apabila UPM berjaya melangkah ke separuh akhir bertemu dengan UiTM. Saudara Amirrudin juga telah mendapat tempat ke-5 dalam senarai pendebat terbaik keseluruhan yang turut disertai oleh saudara Syamsul di tangga ke-6. Untuk Tai Boon, semoga debat kali ini memberikan seribu satu makna buat anda dan semoga kita tidak berputus asa dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi kita.

Syabas diucapkan buat UNIMAS yang telah berjaya menjadi penganjur pertandingan debat yang terbaik untuk setakat ini.

Ucapan terima kasih buat BHEP UPM yang telah banyak menyokong kami baik dari segi kewangan dan sebagainya. Terima kasih banyak-banyak kerana tidak pernah berputus asa dengan kami.

Semoga UPM terus gemilang di persada debat nasional.

Berikut merupakan rekod perlawanan dan prestasi UPM sepanjang perlawanan di UNIMAS :

13 Jun 2009
(Hari Pertama)


Saringan Pertama
UPM lwn UTM
Globalisasi Menggugat Jati Diri Generasi Muda
Keputusan : UTM
Juri : 1-2
Margin : 3
Pendebat Terbaik : Riduan (UTM)

Saringan Kedua
UNIMAP lwn UPM
Kepelbagaian Rakyat Malaysia Aset Negara
Keputusan : UPM
Juri : 3-0
Margin : 8
Pendebat Terbaik : Amirrudin (UPM)

Saringan Ketiga
UPM lwn UUM
Perpaduan Kaum Bukan Sekadar Retorik
Keputusan : UPM
Juri : 3-0
Margin : 5.67
Pendebat Terbaik : Amirrudin (UPM)

14 Jun 2009
(Hari Kedua)

Saringan Keempat

UKM lwn UPM
Kestabilan Ekonomi Lebih Penting Daripada Kestabilan Politik Untuk Mencapai Perpaduan Nasional
Keputusan : UPM
Juri : (2-1)
Margin : 3
Pendebat Terbaik : Amirrudin (UPM)

Saringan Kelima
UPM lwn UTP
Rakyat Perlu Lebih Peka Dalam Menangani Isu Perpaduan
Keputusan : UTP
Juri : 1-2
Margin : 2.3
Pendebat Terbaik : Junny (UTP)

Saringan Keenam
UTM lwn UPM
Pengukuhan Bahasa Inggeris Tidak Menggugat Jati Diri Rakyat Malaysia
Keputusan : UPM
Juri : 3-0
Margin : 5
Pendebat Terbaik : Amirrudin (UPM)

RUMUSAN SARINGAN UPM
Kedudukan : 5
Menang : 4
Juri : 13
Margin : 16.17
Markah : 5419

_____________________________________________

15 Jun 2009
(Pusingan Kalah Mati)

Suku Akhir
UPSI lwn UPM
Media Lebih Mementingkan Keuntungan Daripada Kestabilan Negara
Keputusan : UPM
Juri : 4-1
Margin : 4
Pendebat Terbaik : Amirrudin (UPM)

Separuh Akhir
UiTM lwn UPM
Senario Politik Semasa Menggugat Semangat Perpaduan
Keputusan : UiTM
Juri : 0-5
Margin : 3.33
Pendebat Terbaik : Khairul Nizam (UiTM)

RUMUSAN KESELURUHAN
Pencapaian UPM : Separuh Akhir

Kedudukan Pendebat
Amirrudin Abd Rahman (5)
Mohd Syamsul Salleh (6)
Tan Tai Boon ( 24)

Ahad, 2009 Jun 14

SUKU AKHIR DEBAT PERPADUAN 2009

Universiti Teknologi Mara
Universiti Multimedia Malaysia
Universiti Teknologi Petronas
Universiti Pendidikan Sulan Idris
Universiti Putra Malaysia
Universiti Malaya
UNITAR
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

p/s : susunan berdasarkan ranking selepas 6 saringan.

Selasa, 2009 Jun 09

LATIHAN DEBAT PERPADUAN 09


Tarikh: 2 - 10 Jun 2009
Tempat: Kolej 13, UPM

KETUA KONTIGEN
Nur Syabira Izzaty bt Md Yusoff

JAWATANKUASA LATIHAN DAN LOGISTIK
Mohd Syamsul b Salleh
Nor Hafizah bt Md Yunos

JAWATANKUASA MAKANAN DAN KESELAMATAN
Muhammad Badri b Ishak
Ammar Redza b Ahmad Rizal
Norlida bt Idrus

JAWATANKUASA DOKUMENTASI DAN RAKAMAN
Amirrudin b Abd Rahman
Tan Tai Boon
Nor Fara Syazwani bt Jufrin

Khamis, 2009 Jun 04

USUL DEBAT PENGGUNA 2009 (UTHM)

Usul ini adalah selepas draf dan usul ini sudah diedarkan bermula 1 JUN 2009.

1. AKTA OKU menjamin kualiti hidup OKU
2. Sistem Pengangkutan Awam di Malaysia tidak mesra OKU
3. NGO efektif mendidik pengguna
4. Krisis ekonomi mengancam keselamatan produk
5. Kelemahan perancangan bandar punca kesesakan lalulintas
6. Pengguna di Malaysia sedar
7. Iklan meningkatkan penggunaan tidak lestari
8. FSC memastikan khazanah hijau kekal
9. Kepentingan ekonomi di hadapan: Tanggungjawab sosial di belakang
10. Bahan api bio penyebab krisis makanan dunia
11. Pengeluar makanan di Malaysia tidak mementingkan keselamatan produk
12. Iklan mendidik pengguna
13. Petani di Malaysia tidak mendapat harga yang patut
14. Iklan makanan ringan sekadar gimik
15. Langkah pengurangan gas rumah hijau di Malaysia tidak berkesan
16. Mitigasi pemanasan global di Malaysia tidak berjaya
17. Pengurusan 3R di Malaysia: cakap tak serupa bikin
18. Sikap tidak lestari punca kekurangan air bersih
19. Botol susu plastik wajar diharamkan
20. Pembangunan lereng menyebabkan tanah runtuh
21. Sisa eletrik dan eletronik: Penguatkuasaan undan-undang jawapannya
22. Pensijilan MSC mampu memastikan sumber makanan laut berterusan
23. Ibubapa punca anak-anak menjadi pengguna yang tidak bijak
24. Pengguna Malaysia: Kerbau dicucuk hidung
25. Virus H1N1 keranamu pengguna
26. Pengguna Malaysia perlukan perubahan gaya hidup.

USUL DEBAT PERPADUAN 2009 (UNIMAS)

1. Memartabatkan Bahasa Malaysia: PPSMI Wajar Dihapuskan.
2. Demi Kestabilan Negara, ISA Perlu Dipertahankan.
3. Perpaduan Kaum: Teras Gagasan 1 Malaysia.
4. Blog Menjejaskan Keharmonian Kaum.
5. 52 Tahun Merdeka: Penggunaan Bahasa Malaysia Terus Diperkasakan.
6. Kekerapan Pilihanraya Kecil: Agenda Politik Semata.
7. Perlembagaan Kita Sudah Tidak Lagi Dijunjung.
8. Perpaduan Kaum Bukan Sekadar Retorik.
9. Mahasiswa Penggerak Utama 1 Malaysia.
10. Integrasi Nasional Asas Pembangunan Negara.
11. Rukun Negara Hanya Hafalan, Bukan Amalan.
12. Isu Perpaduan: Wawasan 1 Malaysia Adalah Jawapannya.
13. Rakyat Perlu Lebih Peka Dalam Menangani Isu Perpaduan.
14. Undang-Undang Kita Mampu Menangani Masalah Perpaduan Nasional.
15. Masalah Perpaduan Negara: Ahli Politik Puncanya.
16. Senario Politik Semasa Menggugat Semangat Perpaduan.
17. Perpaduan Menjamin Kemajuan Negara.
18. Ancaman Subversif: ISA Penawarnya.
19. Demi Perpaduan: Sekolah Jenis Kebangsaan Wajar Dihapuskan.
20. Latihan Khidmat Negara: Strategi Berkesan Memupuk Semangat Patriotisme.
21. Media Lebih Mementingkan Keuntungan Daripada Kestabilan Negara.
22. Demi Keharmonian Negara, Kewujudan Media Alternatif Wajar Disekat.
23. Isu Perpaduan Kaum Perlu Ditangani Secara Terbuka.
24. Pengukuhan Penggunaan Bahasa Inggeris Tidak Menggugat Jatidiri Rakyat Malaysia.
25. Ketidakseimbangan Etnik Dalam Sektor Swasta: Salah Mereka.
26. Perpaduan Kaum Semakin Meningkat Selepas 52 Tahun Negara Merdeka.
27. Kestabilan Ekonomi Lebih Penting Daripada Kestabilan Politik Untuk Mencapai Perpaduan Nasional.
28. Perpaduan Negara: Ancaman Dari Luar Negara Lebih Merbahaya.
29. Pembahagian Kekayaan Negara: Tiada Kaum Yang Terpinggir.
30. Demontrasi Jalanan Menggugat Kestabilan Negara.
31. Kepelbagaian Rakyat Malaysia Aset Negara.
32. Institusi Keluarga Gagal Menyemai Semangat Perpaduan.
33. Malaysia Adalah Model Terbaik Dalam Menguruskan Hubungan Kaum.
34. Globalisasi Menggugat Jati Diri Generasi Muda.

LAPORAN DEBAT ARAU OPEN 2009

Bertarikh 24-29 Mei 2009, UPM telah menghantar penyertaan 3 pasukan untuk pertandingan debat Arau Open 2009 bertempat di UiTM Arau, Perlis.




Pasukan UPM A yang diwakili oleh Nor Fara Syazwani bt Jufrin, Muhammad Badri b Ishak dan Norlida bt Idrus dinobatkan sebagai naib johan edisi Arau Open kali ini selepas tewas kepada UTP pada pertandingan akhir yang turut menyaksikan saudara Munir dari UTP dianugerahkan pendebat terbaik final. Tahniah buat UTP dari warga kdbm@putra.


Pasukan UPM B yang diwakili oleh Nur Syabira Izzaty bt Mohd Yusoff, Fadzril Idzwan b Jamaldin, Nur Hafizah bt Mohd Yunos dan Tan Tai Boon juga mencatatkan kejayaan tersendiri apabila berjaya memenangi 5 dari 6 perlawanan yang sekaligus berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir selepas menduduki ranking ke-3 liga selepas UTP dan UPM A. Walaupun kurang bernasib baik di peringkat suku akhir di tangan UKM, namun UPM B harus diberi pujian kerana mereka berjaya memberikan saingan sengit di pusingan liga dan suku akhir walaupun pasukan ini baru dibentuk khusus untuk Arau Open.


UPM C juga tidak ketinggalan dalam memeriahkan lagi kontinjen UPM kali ini apabila buat pertama kali dalam sejarah debat UPM, ketiga-tiga pasukan berjaya mencipta hatrik 3 kemenangan berturut-turut pada hari pertama saringan. Kepada Abdul Hafiedz b Abdul Ghazali, Norazwin bt Shajudeen, Favian Micco b Ujin dan Arifah, jangan berputus asa untuk memperbaiki pencapaian dalam debat di masa akan datang, dan semoga pertandingan kali ini memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda semua.


Untuk yang menyertai pasukan Swing, Zahiruddin dan Li Choon Fai, kdbm@putra mengucapkan tahniah atas kejayaan Zahiruddin menduduki ranking ke-3 senarai pendebat terbaik dan kalian telah berjaya membawa pasukan Swing yang turut disertai saudari Ammarah dari UiTM Terengganu ke ranking-9 liga.


kdbm@putra ingin mengucapkan sejuta ucapan terima kasih buat BHEP UPM kerana menyokong kami dengan membiayai latihan intensif dan perbelanjaan ke Arau Open. Juga tidak dilupakan untuk senior-senior, En Kamarul Nizam, Amiruddin, Syamsul dan Ammar yang sudi meluangkan masa dan mencurahkan tenaga serta buah fikir untuk melatih dan memberi tunjuk ajar. Dan, yang terakhir sekali, tahniah dan terima kasih buat UiTM Arau kerana sedaya-upaya untuk memberikan penganjuran yang terbaik buat para peserta walaupun dalam keadaan kekurangan tenaga kerja untuk menjayakan edisi Arau Open kali ini.


Semoga pertandingan debat Arau Open menjadi lebih maju di masa akan datang.

Sabtu, 2009 Mei 23

USUL DEBAT ARAU OPEN 2009

1. Satu Malaysia pemangkin pembentukan negara bangsa
2. Akta Perlindungan Maklumat Peribadi wajar digubal
3. Bank Dunia penyelamat negara dunia ketiga
4. Bola sepak tidak layak menjadi sukan teras negara
5. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
6. Demi ekonomi, kerajaan campuran wajar dibentuk
7. Demokrasi nyawa keamanan dunia
8. Earth Hour hanya gimik
9. Fenomena lompat parti perlu dihalang
10. Guru perlu dibenarkan berpolitik
11. Hak asasi penyelesaian ketidakadilan
12. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
13. Imuniti Raja-Raja perlu dikembalikan
14. Industri automotif negara sudah menjadi liabiliti
15. Jaringan sosial di Internet: Penjajahan bentuk baru
16. Kawalan harga barang hanya menguntungkan pengguna
17. Kementerian Perpaduan perlu diwujudkan semula
18. Kereta hibrid mampu mengurangkan pencemaran
19. Kesatuan Eropah wajar menerima Turki
20. Keselamatan awam lebih penting daripada hak asasi
21. Kontrak sosial wajar ditamatkan
22. KPI menjamin kualiti perkhidmatan awam
23. Krisis ekonomi: Sektor pertanian perisainya
24. Liberalisasi kewangan menjejaskan Bumiputera
25. Macam timun dengan durian: menggelek luka, kena gelek pun luka
26. Negara dunia ketiga perlu teknologi nuklear
27. Nisbah lagu tempatan dan antarabangsa di radio wajar
28. Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya
29. Pakej rangsangan ekonomi Malaysia ala kadar
30. Pasaran bebas berat sebelah
31. PBB perlu lebih peka
32. Pelan pemulihan ekonomi Amerika menguntungkan
33. Pemansuhan MECD merencatkan pertumbuhan IKS
34. Pembangunan modal insan : Indah khabar dari rupa
35. Pemotongan gaji lebih berkesan daripada pemberhentian pekerja
36. Pencemaran alam sekitar salah industri
37. Pengurusan ekonomi Asia setanding Eropah
38. Rakan Muda : Seperti melepaskan batuk di tangga
39. Sekolah jenis kebangsaan masih relevan
40. Sektor korporat wajar menaja konsert artis tempatan
41. Singapura: Gunting dalam lipatan
42. Suruhanjaya Perlantikan Hakim memulihkan keyakinan rakyat
43. Tahun persekolahan di Malaysia wajar dikurangkan
44. Tapak Warisan Dunia di Malaysia harus ditambah
45. Teknologi hijau senjata terbaik
46. Tentera pengaman ASEAN diperlukan di Myanmar
47. Transformasi negara bangsa buntu
48. Universiti Apex: Satu sudah mencukupi
49. Unsur tahyul dalam filem tempatan membimbangkan
50. Wawasan 2020 semakin dilupakan

Jumaat, 2009 Mei 22

LATIHAN DEBAT ARAU OPEN

Tarikh: 20 Mei - 24 Mei 2009
Tempat: Kolej 13, UPM

Jawatankuasa:

KETUA KONTIGEN
Nur Hafizah bt Md Yunos

UNIT LATIHAN
Fadzril Idzwan b Jamaldin

UNIT MAKANAN
Norazwin bt Shajudeen

UNIT DOKUMENTASI DAN RAKAMAN
Nur Syabira Izzaty Mohd Yusoff

UNIT KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN
Norlida bt Idrus

UNIT KEROHANIAN DAN PERPADUAN
Nor Fara Syazwani bt Jufrin

UNIT LOGISTIK DAN PENGINAPAN
Muhammad Badri b Ishak

UNIT TUGAS-TUGAS KHAS DAN KEBERSIHAN
Abdul Hafiedz b Abdul Ghazali



DEBAT INTEGRITI 2009 (UTM)

Bertarikh 15-19 Mei 2009, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menghantar 2 pasukan debat untuk menyertai Debat Perdana Integriti 2009 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM).



UPM telah diwakili oleh Amirrudin Abd Rahman, Ammar Redza Ahmad Rizal, Fadzril Idzwan Jamaldin dan Nur Syabira Izzaty Mohd Yusoff sebagai UPM A, manakala UPM B diwakili oleh Nor Fara Syazwani bt Jufrin, Muhammad Badri b Ishak, Norlida bt Idrus dan Nur Hafizah Mohd Yunos. Kedua-dua pasukan ini telah diuruskan oleh Favian Micco Ujin dan Norazwin Shajudeen.


Pada pertandingan kali ini, UPM A telah berjaya untuk melayakkan diri dalam 8 pasukan terbaik untuk mara ke pusingan suku akhir, manakala UPM B hanya mampu berada di tempat ke-11 daripada 36 pasukan yang bertanding. Di peringkat suku akhir, pasukan UPM A tewas kepada UiTM yang juga johan untuk untuk debat kali ini selepas menewaskan UKM pada pertandingan akhir. Keseluruhannya, prestasi pasukan UPM dalam arena debat Integriti kali ini masih lagi sama seperti debat Integriti tahun lepas, yang mana satu pasukan berjaya ke suku akhir dan satu pasukan lagi tidak berubah kedudukan di tangga ke-11.


Antara perkara menarik yang boleh diperkatakan tentang debat kali ini kejayaan beberapa pasukan yang diwakili oleh para pendebat pelapis universiti yang diamanahkan untuk meneruskan perjuangan senior-senior universiti masing-masing seperti UPSI B yang berjaya ke suku akhir, UTM A yang telah bertahan hingga ke pusingan separuh akhir dan UKM yang ke pentas final. Tahniah diucapkan buat mereka. Tahniah juga buat pasukan UUM, USM, dan UIAM yang juga telah bekerja keras dalam mengharungi persaingan sengit debat Integriti sehingga berjaya menempatkan diri dalam 8 pasukan terbaik.


Diharapkan untuk debat Integriti yang akan datang, pasukan UPM boleh untuk memperbaiki pencapaian, dan tidak berhenti untuk memperbaiki kelemahan. Untuk pasukan debat Perpaduan serta Pengguna yang akan datang, semoga prestasi yang cemerlang dikekalkan dengan usaha gigih dan komitmen kental dari seluruh ahli kelab. Selamat berusaha!

Rabu, 2009 Mei 13

BERITA PIDATO RAKAN MUDA



BUKIT JALIL, 10 Mei - Alhamdulillah, selepas kejayaan beliau pada Pidato PENITI V intervarsiti baru-baru ini, saudara Amirrudin Abd Rahman sekali lagi mengharumkan nama Universiti Putra Malaysia apabila berjaya menjadi johan Pertandingan Pidato Rakan Muda 2009 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 10 Mei 2009 baru-baru ini. Kejayaan beliau ini sekaligus mempertahankan kejuaraan yang juga menjadi milik UPM pada tahun lepas, apabila saudara Mohd Syamsul b Salleh menjuarainya untuk edisi lalu.


Untuk Pertandingan Pidato Rakan Muda ini, saudari Nor Hidayah dari UTM berjaya menduduki tempat kedua, diikuti saudari Siti Habibah dari UPSI di tempat ketiga, tempat keempat digondol oleh saudara Mohd Jeffrey dari UIAM dan tempat kelima menjadi milik saudara Ammar Redza b Ahmad Rizal juga dari UPM.


KDBM@PUTRA mengucapkan tahniah atas kejayaan anda semua. Semoga kejayaan anda semua menjadi perangsang untuk mencipta lebih banyak lagi kejayaan yang bermakna.

Khamis, 2009 April 23

LATIHAN INTEGRITI

Perhatian kepada semua ahli KDBMPUTRA, latihan berpusat bagi Debat Integriti akan bermula pada 5 Mei 2009 bertempat di Kolej 13.

Berikut adalah senarai nama ahli jawatankuasa sepanjang latihan tersebut.

Ketua Kontigen
Fadzril Izwan b Jamaldin

AJK Latihan
Nor Fara Syazwani bt Jufrin

AJK Makanan
Ammar Redza b Ahmad Rizal

AJK Dokumentasi dan Rakaman
Nur Syabira Izzaty bt Md Yusoff

AJK Kebajikan dan Keselamatan
Norlida bt Idrus

AJK Kerohanian dan Perpaduan
Amirrudin b Abd Rahman

AJK Logistik dan Penginapan
Muhammad Badri b Ishak

AJK Tugas-tugas Khas dan Kebersihan
Nur Hafizah bt Md Yunos

Berikut adalah senarai nama ahli yang diwajibkan hadir sepanjang sesi latihan:

1. Nurul Syafiqah bt Ahmad Shokhaily
2. Favian Micco b Ujin
3. Abdul Hafiedz b Abdul Ghazali


p/s: Penginapan disediakan bermula 5 Mei 2009. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh berhubung dengan ketua kontigen. Harap maklum.