Khamis, 18 Mac 2010

Johan Debat Perdana Integriti 2010


KOTA KINABALU 16 Mac - Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini dinobatkan sebagai juara pertandingan Debat Perdana Integriti 2010 selepas menewaskan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

UPM yang diwakili oleh Mohd. Syamsul Salleh, Ammar Redza Ahmad Rizal, Amiruddin Abd. Rahman dan Cecilia Evelyn Cornelius berjaya membawa pulang piala dan wang tunai RM6,000. Pasukan juga mengunguli peringkat saringan yang melibatkan 27 institusi pengajian tinggi dari seluruh negara itu.

Kejayaan ini lebih manis lagi apabila pasukan yang sama dapat menebus kekecewaan pada pertandingan yang sama pada tahun lalu.

Pertandingan turut menyaksikan pendebat daripada UPM, Mohd. Syamsul Salleh dipilih sebagai pendebat terbaik.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Tahniah dan syabas di atas pencapaian yang membanggakan ini.

1 ulasan:

AQADEMI berkata...

tahniah korg wei!!