Jumaat, 18 Julai 2008

Simulasi Debat Bermula

Dengan kerjasama dan jemputan yang diterima daripada pemimpin-pemimpin (MTM) kolej kediaman di sekitar Universiti Putra Malaysia, KDBM@PUTRA sangat berbesar hati untuk sama-sama mengadakan dan menjayakan program simulasi debat kepada pelajar-pelajar baharu sesi 08/09. Tujuan utama program simulasi ini diadakan adalah untuk mendekatkan aktiviti debat ipt dengan pelajar-pelajar baharu di samping menjadi platform kepada setiap kolej untuk mencungkil bakat baru sebagai persediaan awal menghadapi Debat kemerdekaan Interkolej (PENDEKAR) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Berikut merupakan maklumat ringkas tentang program simulasi debat tersebut :

SIMULASI PERTAMA

Tarikh : 17 Julai 2008 (Khamis)

Masa : 9.00 Malam

Tempat : Dataran Melur, Kolej Tun Dr Ismail (KTDI)

SIMULASI KEDUA

Tarikh : 18 Julai 2008 (Jumaat)

Masa : 9.00 malam

Tempat : Balai Seni Budaya (BSB), Kolej Canselor.

SIMULASI KETIGA

Tarikh : 26 Julai 2008 (Sabtu)

Masa : 8.00 malam

Tempat : Kolej Ke-13

Sesiapa yang berminat dijemput hadir bagi menjayakan program intelektual ini.

Tiada ulasan: