Rabu, 20 Ogos 2008

Pasukan ARKIB 2008 : Memulakan Perjuangan!!

Pencapaian pasukan ARKIB KDBM@PUTRA menerusi dua tahun pertandingan Debat Kemerdekaan IPT iaitu pada tahun 2006 (UM) dan 2007 (UNIMAP) adalah agak mengecewakan apbila tidak layak menempatkan diri dalam kelompok 8 pasukan terbaik yang beraksi di pusingan suku akhir. Justeru, dalam Pertandingan Debat Kemerdekaan IPT kali ini yang akan diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 21-25 Ogos 2008 ini menyaksikan KDBM@PUTRA kembali berjuang bagi merebut kejuaraan sekaligus mengubah persepsi negatif yang telah dilemparkan.

Setelah dipisahkan dan berjuang secara berasingan (Debat Perpaduan dan Debat Alam Sekitar), kini Saudara Amirrudin Bin Abd Rahman dan Saudara Mohd Syamsul Bin Salleh kembali digabungkan bagi menerajui perjuangan pasukan. Saudari Nor Fara Syazwani Bt Jufrin yang sudah lama direhatkan juga (kali terakhir beraksi dalam debat Integriti di USM) turut dijadikan sandaran bagi menguatkan potensi pasukan sambil dibantu oleh Saudari Nabihah Bt Md Saidi yang bertindak sebagai pendebat simpanan.

Adakah pertaruhan menggabungkan pendebat baru dan lama kali ini akan membuahkan hasil yang diimpi? Mampukah keempat-empat pendebat ini menyempurnakan amanat bagi menggapai segala matlamat? Dan mampukah Saudara Amirrudin dan Saudara Syamsul mengembalikan momentum kejayaan mereka selepas kali terakhir digandingkan menerusi Debat Perdana Integriti 2008 (USM)?

Sama-samalah kita nantikan keputusannya!!!

p/s : Kali terakhir pasukan UPM mara ke Separuh Akhir adalah menerusi gandingan Mohd Syamsul, Amirrudin dan Nor Faezah dalam Pertandingan Debat Integriti Perdana 2007 di UPM.

Tiada ulasan: