Rabu, 4 Februari 2009

Kejayaan Terbaru KDBMPutra

Naib Johan Debat Terbuka ASTAR 2009
Warga KDBMPutra yang bersama-sama meyokong pasukan UPM. Terima kasih diatas sokongan anda.


Selepas mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan. Pasukan debat UPM B yang diwakili oleh Mohd Fazil, Nabihah, Hafizah dan Badri berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir menentang pasukan MMU B.
Pasukan UPM B terpaksa berpuas hati dengan kekalahan di tangan MMU B dan melayakkan mereka menyandang gelaran Naib Johan Pertandingan Terbuka ASTAR dengan margin 1.5 dan juri 4-3.
Tahniah juga kepada pasukan UPM A yang terdiri daripada Roasearnida, Fadzril Izwan, Syabira Izzaty dan Hafiz, dan pasukan UPM C yang diwakili oleh Nisa, Sarah Nadiah, Zahir dan Asyraf kerana berjaya memberi saingan yang kuat kepada pasukan dari universiti lain. Buat pendebat muda, anda telah berjaya menunjukkan kehebatan anda. KDBMPutra berbangga dengan anda semua.

Semoga pasukan KDBMPutra akan terus bersemangat untuk berjuang di pertandingan yang akan datang.

Tiada ulasan: