Sabtu, 14 Mac 2009

PENITI INTERVARSITI - SELAMAT MAJU JAYA!

Pertandingan Pidato Kepemimpinan Harmoni V Intervarsiti akan berlangsung pada 19-22 Mac 2009. Universiti Putra Malaysia akan diwakili oleh 6 orang pemidato. 5 orang ahli KDBMPUTRA turut terpilih sebagai wakil UPM. Mereka adalah:

1. Saudara Mohd Syamsul b Salleh

2. Saudara Amirrudin b Abd Rahman

3. Saudara Ammar Redza b Ahmad Rizal

4. Saudara Mohd Fazil b Hj Yahaya

5. Saudari Nabihah bt Mohd Saidi

Seorang lagi wakil UPM adalah saudari Nur Atiqah. KDBMPUTRA mengucapkan Selamat Maju Jaya kepda semua wakil UPM. Berusaha dan lakukan yang terbaik. Kami percaya, anda boleh meneruskan tradisi kegemilangan.

Kepada semua ahli KDBMPUTRA, sokongan anda amat dialu-alukan. Berikut adalah maklumat pertandingan:

Taklimat : 8.30 pm, 19 Mac 2009

Saringan: Jumaat, 20 Mac 2009

Separuh akhir: Sabtu, 21 Mac 2009

Akhir: Ahad, 22 Mac 2009

Kesemua pertandingan akan berlangsung di Dewan Harmoni, Kolej Kelima, UPM kecuali pusingan separuh akhir yang akan berlangsung di kawasan yang ditetapkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Marilah bersama-sama turun untuk memberi sokongan pada mereka. KDBMPUTRA dan UPM boleh!!


Tiada ulasan: