Khamis, 4 Jun 2009

LAPORAN DEBAT ARAU OPEN 2009

Bertarikh 24-29 Mei 2009, UPM telah menghantar penyertaan 3 pasukan untuk pertandingan debat Arau Open 2009 bertempat di UiTM Arau, Perlis.




Pasukan UPM A yang diwakili oleh Nor Fara Syazwani bt Jufrin, Muhammad Badri b Ishak dan Norlida bt Idrus dinobatkan sebagai naib johan edisi Arau Open kali ini selepas tewas kepada UTP pada pertandingan akhir yang turut menyaksikan saudara Munir dari UTP dianugerahkan pendebat terbaik final. Tahniah buat UTP dari warga kdbm@putra.


Pasukan UPM B yang diwakili oleh Nur Syabira Izzaty bt Mohd Yusoff, Fadzril Idzwan b Jamaldin, Nur Hafizah bt Mohd Yunos dan Tan Tai Boon juga mencatatkan kejayaan tersendiri apabila berjaya memenangi 5 dari 6 perlawanan yang sekaligus berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir selepas menduduki ranking ke-3 liga selepas UTP dan UPM A. Walaupun kurang bernasib baik di peringkat suku akhir di tangan UKM, namun UPM B harus diberi pujian kerana mereka berjaya memberikan saingan sengit di pusingan liga dan suku akhir walaupun pasukan ini baru dibentuk khusus untuk Arau Open.


UPM C juga tidak ketinggalan dalam memeriahkan lagi kontinjen UPM kali ini apabila buat pertama kali dalam sejarah debat UPM, ketiga-tiga pasukan berjaya mencipta hatrik 3 kemenangan berturut-turut pada hari pertama saringan. Kepada Abdul Hafiedz b Abdul Ghazali, Norazwin bt Shajudeen, Favian Micco b Ujin dan Arifah, jangan berputus asa untuk memperbaiki pencapaian dalam debat di masa akan datang, dan semoga pertandingan kali ini memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda semua.


Untuk yang menyertai pasukan Swing, Zahiruddin dan Li Choon Fai, kdbm@putra mengucapkan tahniah atas kejayaan Zahiruddin menduduki ranking ke-3 senarai pendebat terbaik dan kalian telah berjaya membawa pasukan Swing yang turut disertai saudari Ammarah dari UiTM Terengganu ke ranking-9 liga.


kdbm@putra ingin mengucapkan sejuta ucapan terima kasih buat BHEP UPM kerana menyokong kami dengan membiayai latihan intensif dan perbelanjaan ke Arau Open. Juga tidak dilupakan untuk senior-senior, En Kamarul Nizam, Amiruddin, Syamsul dan Ammar yang sudi meluangkan masa dan mencurahkan tenaga serta buah fikir untuk melatih dan memberi tunjuk ajar. Dan, yang terakhir sekali, tahniah dan terima kasih buat UiTM Arau kerana sedaya-upaya untuk memberikan penganjuran yang terbaik buat para peserta walaupun dalam keadaan kekurangan tenaga kerja untuk menjayakan edisi Arau Open kali ini.


Semoga pertandingan debat Arau Open menjadi lebih maju di masa akan datang.

2 ulasan:

Lily berkata...

ada kemajuan compare to previous year pnye AO kn? so, congratz to u guys!

Zahir Ab' Aziz berkata...

Zahiruddin??????? =D