Sabtu, 22 Ogos 2009

PERSEDIAAN DEBAT DIRAJA : FASA PERTAMA (LATIHAN DI BULAN RAMADHAN)

Makluman kepada semua pemikir KDBMPUTRA, berdasarkan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat kelab pada 21 Ogos 2009, berikut merupakan info berkenaan latihan persediaan Fasa Pertama Debat DiRaja UPM sepanjang bulan Ramadhan ini :

Setiap Jumaat dan Sabtu
10.00 malam
Bilik Scorpio, Kolej Ketiga Belas, UPM

Setiap Ahad
Sepanjang Hari (bermula jam 10.00 pagi)
Bilik Scorpio, Kolej Ketiga Belas, UPM.

sebarang ketidakhadiran perlulah dimaklumkan sehari lebih awal kepada setiausaha kelab/AJK Latihan. Perubahan masa dan tempat latihan akan dimaklumkan kemudian.

KDBMPUTRA memohon kerjasama dan jasa baik rakan-rakan pemikir untuk memberikan sepenuh perhatian dan komitmen dalam sesi latihan ini kerana kejayaan yang terbaik hanya akan dikecapi melalui usaha yang terbaik. Hanya yang terbaik, mampu menjadi yang terbaik.

Pendebat-pendebat muda kolej kediaman turut dijemput dan dialau-alukan untuk turut serta dalam sesi latihan ini.

Tiada ulasan: