Isnin, 28 September 2009

LATIHAN DEBAT DIRAJA 2009 TERBARU

Assalamualaikum wbt.

Bulan Ramadhan telah berlalu. Diharapkan masih belum terlambat buat Kelab Debat Bahasa Melayu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat penganut-penganut beragama Islam yang meraikannya. Ampun maaf dipinta buat kalian semua.

Seusai habis bulan Ramadhan, jadual latihan Debat Diraja juga turut bertukar. Berikut adalah jadual terbaru:

Jumaat
9.00 malam

Sabtu
10.00 pagi

Ahad
10.00 pagi

Tempat adalah seperti biasa di Bilik Skorpio, Kolej 13.

Sehubungan dengan itu, diharapakan semua ahli yang masih berminat untuk dipilih bagi menyertai Debat Diraja kali ini dapat mengubah sikap masing-masing dengan memberi tumpuan dan komitmen yang lebih banyak untuk pertandingan kali ini.

Selepas ini tidak ada sebaran SMS akan dilakukan. Seandainya tidak dapat menghadirkan diri dengan alasan yang kukuh, sila maklumkan kepada saudari Nor Fara Syazwani bt Jufrin di talian 017-7150150.

DISIPLIN TANGGA KEJAYAAN.

Terima kasih.

Wassalam.




Tiada ulasan: