Jumaat, 23 Oktober 2009

Pidato Keselamatan& Mahasiswa Milik UPM!

22 Okt, Bukit Kiara - Bertempat di Dewan Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, sejarah ulung telah tercipta di sini semalam apabila saudara Amirrudin b Abd Rahman, 23, dari Universiti Putra Malaysia telah mengukir sejarah sebagai johan pertama Pertandingan Pidato Keselamatan & Mahasiswa anjuran Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.

Dari dewan yang sama juga turut menyaksikan saudara Ikhwan dari USIM dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua, manakala wakil tuan rumah, saudara Wan Azizul menduduki tempat ketiga. Turut memeriahkan pertandingan akhir pidato ini adalah saudari Habibah Juddin dan Kamaruddin dari UPSI, Mohd Firdaus dari UM, dan Aizuddin dari UNITAR.

Kemenangan yang dimiliki oleh oleh Amirrudin menambahkan lagi koleksi kemenangan beliau menjadi 4 dalam pertandingan pidato antara IPT yang disertai beliau semenjak menjejakkan kaki ke bumi UPM.

"Saya mengucapkan rasa syukur kepada Allah atas nikmat kemenangan yang diberikan ini. Saya juga ingin mengucapkan seinfiniti terima kasih buat ibu dan keluarga saya yang tak pernah jemu-jemu mendoakan saya, juga terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan dan BHEP yang sentiasa menyokong saya walau di mana saya berada," jawab beliau dengan tenang pabila ditemuramah.

"Kejayaan ini diharapkan menjadi pendorong buat adik-adik yang bakal menghadapi Debat Diraja akan datang untuk melakukan yang terbaik bagi mengangkat nama UPM di arena pperdebatan dan pengucapan awam antara IPT," tambah beliau sambit tersenyum kala ditemuramah.

2 ulasan:

Persatuan Seni Pengucapan Awam berkata...

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA UPM

DARI PUSPA IPGM Kampus Sultan Mizan

irman_rahs berkata...

tahniah la mir... kejayaan demi kejayaan ko dapat di upm....