Memaparkan catatan dengan label Debat Alam Sekitar 2009. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Debat Alam Sekitar 2009. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Ogos 2009

PENANTIAN 15 TAHUN MENJADI KENYATAAN : TAHNIAH KDBM@PUTRA

Universiti Teknologi Petronas (UTP), 28 Julai 2009 – Penantian Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk kembali mengungguli Pertandingan Debat Alam Sekitar (DAS) selepas kali terakhir menjuarainya 15 tahun lalu akhirnya tercapai apabila pasukan UPM yang dibarisi oleh Mohd Syamsul Salleh 23, Amirrudin Abd Rahman 23, Ammar Redza Ahmad Rizal 21 dan Rosearnida Senawi 21 telah diumumkan sebagai juara Debat Alam Sekitar edisi ke-19, 2009 di UTP. Bertindak selaku panel pembangkang dalam membahaskan usul MASALAH ALAM SEKITAR AGENDA POLITIK MESRA ALAM JAWAPANNYA, Pasukan UPM berjaya meraih perhatian juri melalui kupasan dan idea bernas yang dilontarkan sekaligus berjaya menewaskan pasukan dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU) yang bertindak selaku kerajaan dengan perbezaan juri 5-2. Kejayaan pasukan UPM dalam edisi DAS tahun ini diserikan lagi apabila pendebat ketiga pasukan UPM iaitu Amirrudin Abd Rahman 23, telah berjaya meraih anugerah pendebat terbaik perlawanan akhir tersebut.

Menurut mereka, kejayaan pasukan UPM tahun ini bukannya hadir semata-mata disebabkan oleh kekuatan dan keserasian gandingan mereka bertiga, namun kejayaan ini hadir disebabkan oleh komitmen dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi yang dipamerkan oleh seluruh ahli Kelab Debat Bahasa Melayu UPM yang turut dibantu penuh menerusi sokongan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM di sepanjang latihan hinggalah ke hari pertandingan.

Kejuaraan DAS ini telah menambahkan satu lagi rekod kejuaraan buat pasukan UPM dalam kalendar debat MADUM tahun ini selepas kejayaan menjuarai Debat Piala Di Raja kategori utama dan Debat Kepenggunaan 2009 sekaligus membolehkan pasukan UPM berada di landasan terbaik untuk terus memburu gelaran Pasukan Terbaik MADUM 2009 yang hanya berbaki satu pertandingan saja lagi iaitu Pertandingan Debat Kemerdekaan 2009 yang akan diadakan di USIM Ogos ini. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan pasukan UPM!!!

REKOD PERLAWANAN PASUKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
DEBAT ALAM SEKITAR 2009
24 – 28 Julai 2009
Universiti Teknologi Petronas (UTP)

SARINGAN HARI PERTAMA
25 Julai 2009

USIM vs UPM
Penerokaan Hutan Membawa Faedah
Keputusan : UPM
Juri : 3-0
Margin : 5.67
Pendebat Terbaik : Mohd Syamsul Salleh

UPM vs UPSI
Penggunaan Pembungkus Plastik Perlu Diharamkan
Keputusan : UPM
Juri : 2-1
Margin : 3
Pendebat Terbaik : Siti Habibah

UIAM vs UPM
Earth Hour Perlu Diteruskan
Keputusan : UIAM
Juri : 2-1
Margin : 2.5
Pendebat Terbaik : Amiruddin Abd Rahman

SARINGAN HARI KEDUA
26 Julai 2009

UPM vs UUM
Kereta Hybrid Hanya Menguntungkan Pengeluarnya
Keputusan : UPM
Juri : 3-0
Margin : 4
Pendebat Terbaik : Amiruddin Abd Rahman

USM vs UPM
Dunia Memerlukan Teknologi Biofuel
Keputusan : UPM
Juri : 3-0
Margin : 2
Pendebat Terbaik : Amiruddin Abd Rahman

UPM vs MMU
Perdagangan Karbon Menjual Alam Sekitar
Keputusan : MMU
Juri : 2-1
Margin : 1
Pendebat Terbaik : Mohd Syamsul Salleh

SUKU AKHIR
UKM vs UPM
Penguatkuasaan Undang-Undang Alam Sekitar Lebih Efektif Daripada Insentif Ekonomi
Keputusan : UPM
Juri : 4-1
Margin :
Pendebat Terbaik : Mohd Syamsul Salleh

SEPARUH AKHIR
USM vs UPM
Pencinta Alam Sekitar Hanya Bertepuk Sebelah Tangan
Keputusan : UPM
Juri : 3-2
Margin :
Pendebat Terbaik : Mohd Syamsul Salleh

AKHIR
MMU vs UPM
Masalah Alam Sekitar : Agenda Politik Mesra Alam Adalah Jawapannya
Keputusan : UPM
Juri : 5-2
Margin :
Pendebat Terbaik : Amiruddin Abd Rahman

Jumaat, 26 Jun 2009

Debat Alam Sekitar Kembali!!

Selepas UiTM merangkul kejuaraan dalam DAS08 yang berlangsung di UMS, dengan menewaskan UIAM di peringkat akhir, jadi siapakah yang akan mengungguli DAS pada tahun ini?? Adakah UiTM akan mengekalkan kejuaraan?? Atau mungkin UIAM akan kembali merampas kejuaraan?? Atau mungkin UPM sendiri yang akan melakukan kejutan selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 1994?? Segala-galanya bakal ditentukan dalam Pertandingan Debat Alam Sekitar 2009 (DAS09) yang akan diadakan di Universiti Teknologi Petronas pada 24 Julai 2009 hingga 28 Julai 2009.

Berikut merupakan usul bagi 6 pusingan saringan Debat Alam Sekitar 2009 :

Pusingan 1
Penerokaan Hutan Membawa Faedah

Pusingan 2
Penggunaan Pembungkus Plastik Perlu DIHaramkan

Pusingan 3
"Earth Hour" Perlu DiTeruskan

Pusingan 4
Kereta Hibrid Hanya Menguntungkan Pengeluarnya

Pusingan 5
Dunia Memerlukan Teknologi Biofuel

Pusingan 6
Perdagangan Karbon Menjual Alam Sekitar

Suku Akhir
Penguatkuasaan Undang-undang Alam Sekitar Lebih Efektif Daripada Insentif Ekonomi

Separuh Akhir
Pencinta Alam Sekitar Cuma Bertepuk Sebelah Tangan

Akhir
Masalah Alam Sekitar : Agenda Politik Mesra Alam Adalah Jawapannya

Untuk melawat laman blog rasmi Debat Alam Sekitar 2009 (DAS09), sila klik pada imej di bawah ini :

.