Memaparkan catatan dengan label Isu Latihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Latihan. Papar semua catatan

Isnin, 16 Februari 2009

PERHATIAN

Perhatian kepada semua warga KDBM@PUTRA.

Walaupun Debat Integriti telah di tangguhkan ke bulan 5, latihan debat akan tetap berjalan seperti biasa pada hari Isnin, Selasa dan Khamis setiap minggu jam 9 malam. Harap semua dapat memberikan komitmen demi meneruskan kejayaan KDBM@PUTRA di masa akan datang.

Pendebat-pendebat baru yang berminat amat dialu-alukan untuk menghadiri latihan.

Khamis, 1 Januari 2009

Perpindahan Bilik Latihan Mingguan

Pengumuman penting kepada semua pemikir. Bermula pada tarikh 01 Januari 2009 (Khamis) perubahan bilik latihan akan dilakukan. Bilik Gemini Kolej Ke-13 tidak lagi dijadikan pusat latihan mingguan kelab atas sebab-sebab yang tidak dapat untuk kita elakkan. Bilik latihan yang akan menggantikan Bilik Gemini adalah Bilik Cancer Kolej Ke-13 (berhadapan dengan bilik Gemini).

Harap maklum.

Terima kasih diucapkan kepada Unit Logistik KDBM@PUTRA, Saudara Fadzril Izwan Jamaldin kerana berjaya menguruskan tempat latihan dengan jayanya dan terima kasih kepada pemikir-pemikir yang bersama-sama bergotong royong membersihkan Bilik Cancer.

Selasa, 19 Ogos 2008

Komitmen Dalam Latihan


Setiap perkara yang kita lakukan perlu didasari dengan semangat kerjasama, toleransi dan hormat-menghormati. Tanpa semangat berpasukan yang tinggi, kejayaan yang diimpi tidak mungkin dapat menjadi realiti. Menyedari hakikat kebenaran ini, maka KDBM@PUTRA memohon dan merayu kerjasama pemikir-pemikir baru dan lama supaya bersama-sama mencurahkan bakti dan melakukan sedikit pengorbanan masa khususnya dalam menjalani sesi latihan intensif bersama.

Sasaran sudah ada di depan mata, peluru sudah tersedia, cuma menanti kerjasama dari semua untuk menarik picunya.

Kejayaan KDBM@PUTRA adalah kejayaan kita semua.

p/s : Pemilihan pemikir yang akan dibawa ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 21-25 Ogos 2008 ini akan dinilai berdasarkan komitmen yang diberi sepanjang sesi latihan kemerdekaan dijalankan.