Memaparkan catatan dengan label Pra-Tonton Debat 2008. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pra-Tonton Debat 2008. Papar semua catatan

Khamis, 14 Ogos 2008

Pra-Tonton Debat K5

Perhatian kepada pemikir-pemikir yang tersenarai di bawah ini. Anda dikhendaki menghadirkan diri ke Kolej Ke-5 Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menjayakan Pra-Tonton Debat pada 14 Ogos 2008 (Khamis) jam 8.30 malam.

  1. Muhamad Burhan Bin Md Idris
  2. Ammar Redza Bin Ahmad Rizal
  3. Nabihah Bt Md Saidi
  4. Mohd Syamsul Bin Salleh
  5. Amirrudin Bin Abd Rahman
  6. Nor Fara Syazwani Bt Jufrin

Kepada pemikir-pemikir lain dan juga kepada sesiapa sahaja yang berminat, anda semua juga diminta dan dialu-alukan untuk turut serta menghadiri program Pra-Tonton Debat K5 ini.

Bersama kita membudayakan pemikiran kelas pertama.

Ahad, 27 Julai 2008

Pra-Tonton Debat K6

Malam ini KDBM@PUTRA dengan kerjasama Sekreteriat Pembangunan Ilmiah (SPI) Kolej Keenam akan mngadakan Pra-Tonton Debat Ala Parlimen IPT di Kolej Keenam, UPM khas buat pelajar-pelajar baharu Kolej Keenam sebagai persiapan mereka bagi menghadapi PENDEKAR 2008/2009.

Justeru, diminta kepada nama pemikir-pemikir KDBM@PUTRA yang terdapat di bawah ini supaya bersiap seda bagi menjayakan perjalanan Pra-Tonton Debat ini :

  1. Nor Faezah Binti Yahaya
  2. Mohd Syamsul Bin Salleh
  3. Muhamad Badri Bin Ishak
  4. Nur Syabira Izzati Binti Md Yussuf
  5. Fadzril Izwan Bin Jamaldin
  6. Favian Micco Bin Ujih

Sehubungan dengan itu juga, berikut merupakan sedikit maklumat dan informasi tentang Pra-Tonton Debat tersebut :

Tarikh : 27 Julai 2008 (Ahad)

Masa : 8.30 malam

Tempat : Sekitar Kolej Keenam

Pakaian : Semi Formal

Usul : Pengamalan Rukun Negara, Budaya Rakyat Malaysia.

KDBM@PUTRA menjemput dan mempersilakan sesiapa sahaja yang berminat untuk sama-sama menjayakan program intelektual seperti ini.

Bersama-sama kita membudayakan debat sebagai pemangkin kelahiran mahasiswa kelas pertama.

Sabtu, 26 Julai 2008

Bengkel Debat Dan Pidato K-13

Bengkel Debat Dan Pidato anjuran Kelab Petah Bicara Kolej Ke-13 akan diadakan pada 26 Julai 2008. Justeru, diminta kerjasama pemikir-pemikir KDBM@PUTRA untuk sama-sama hadir ke Bengkel tersebut bagi sama-sama membantu menjayakannya.

Diminta juga, 6 pendebat KDBM@PUTRA supaya bersiap sedia untuk melakukan pra-tonton debat sempena bengkel tersebut dijalankan.

Berikut merupakan maklumat tentang bengkel tersebut :

Tarikh : 26 Julai 2008 (Sabtu)

Masa : 08.30 malam

Tempat : Dewan Andromeda (K13)

Pakaian : Semi Formal

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Mohd Syamsul Bin Salleh di talian 012-7488452.

Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.