Selasa, 13 Mei 2008

TAHNIAH KDBM@PUTRA

(Siaran Entri Ini Berbayar)

Sepertimana yang sedia maklum, Kelab Debat Bahasa Melayu UPM akhirnya membawa pulang piala Johan Pertandingan Pidato Rakan Muda IPT 2008.

Bukanlah ingin menjadi ayam betina, telur sebiji..riuh sekampung, namun kemenangan ini seumpama segelas air kepada pengembara yang kehausan di padang pasir yang tandus, tandus dengan kemenangan.

UPM telah menghantar 2 orang wakil ke pertandingan tersebut iaitu Mohd Syamsul Bin Salleh dan Muhamad Borhan Bin Md Idris. Dalam pusingan akhir, dengan tajuk pidato ‘Pembangunan Belia Dari Perspektif Pembangunan Aset’, Mohd Syamsul telah berjaya memikat para juri dengan kecantikkannya..eh!..silap..dengan kepetahannya sekaligus merangkul juara mengempunankan 13 pemidato yang lain. Kepada Muhamad Borhan, tahniah juga diucapkan kerana setidak-tidaknya anda telah menyempitkan ruang pemidato lain untuk mara kehadapan (dalam ayat yang lebih mudah difahami; anda memberi saingan kepada pemidato lain).

Muka bangga Mohd Syamsul bersama piala iringan yang ala-ala piala AIM dan piala pusingan yang ala-ala piala Musabaqah Al-Quran itu.

Walaupun piala kemenangan ini hanya akan membuatkan mulut ‘mereka yang berkenaan’ ternganga seinci cuma, namun setidak-tidaknya terngangalah jua mulut mereka.

Semoga kemenangan ini menjadi pembakar semangat untuk yang lainnya turut berusaha keras kearah kecemerlangan bersama. Ingat! Antara lain misi KDBM Putra adalah membuka seinci demi seinci mulut ‘mereka yang berkenaan’ agar akhirnya mereka terlopong melihat kejayaan kita.

Justeru, lakukan yang terbaik dalam Debat Perpaduan & Pengguna yang makin hampir ini!!

Salam dari ‘jauh’,
~sha_idatul~

(Seperti yang dimaklumi..entri ini berbayar siarannya)