Isnin, 12 Mei 2008

PINDAAN SYARAT DEBAT PERPADUAN

Untuk makluman pemikir-pemikir KDBM@PUTRA, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional telah melakukan sedikit pindaan dan pembaharuan terhadap syarat pertandingan tahun ini. Setiap pasukan yang ingin menyertai pertandingan perlu untuk memenuhi salah satu daripada dua syarat di bawah ini ;
Sekiranya pendebat yang beraksi terdiri daripada DUA (2) pendebat Melayu, maka pendebat bukan Melayu yang diwajibkan untuk beraksi perlu terdiri daripada seorang pendebat kaum CINA, INDIA atau THAI SAHAJA!!!
Sekiranya pendebat bukan Melayu yang beraksi terdiri daripada kaum BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK (Murut, Kadazan, Bajau, dsb). Maka pasukan itu diwajibkan menyediakan DUA (2) pendebat BUKAN MELAYU BUMIPUTERA SABAH DAN SERAWAK dan SEORANG (1) pendebat MELAYU sebagai pendebat yang perlu beraksi.
Berdasarkan informasi tersebut, maka rombakan dan penyusunan semula Pasukan Debat Perpaduan Dan Integrasi Nasional UPM akan dilakukan semasa Latihan Pusat dijalankan.

Informasi dari :
Mohd Syamsul Bin Salleh

Tiada ulasan: