Khamis, 26 Jun 2008

GERAI PENDAFTARAN AHLI KDBM@PUTRA SESI 2008/2009

Sempena Minggu Perkasa Putra (MPP) yang dijalankan pada 01 hingga 07 Julai 2008 bagi meraikan kemasukan pelajar-pelajar baru sesi 2008/2009. Sehubungan dengan itu KDBM@PUTRA dengan bantuan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM akan membuka Gerai Pendaftaran di Bukit Ekspo, UPM pada 05 Julai 2008 bagi memberi ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar baharu yang berminat dalam dunia perdebatan dan pengucapan awam menyertai dan mengenali KDBM@PUTRA dengan lebih dekat lagi.

Justeru, diminta kerjasama daripada pemikir-pemikir yang tersenarai di bawah ini untuk melaporkan diri di UPM selewat-lewatnya pada 03 Julai 2008 bagi menyediakan peralatan-peralatan dan perkakas-perkakas yang diperlukan sepanjang Gerai pendaftaran dibuka. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.

  1. Mohd Syamsul Bin Salleh

  2. Norlida Binti Idrus

  3. Mohd Fazil Bin Hj Yahaya

  4. Nor Fara Syazwani Binti Jufrin

  5. Muhammad Lukman Al-Hakim Bin Low Abdullah

  6. Nabihah Binti Mohd Saidi

  7. Favian Micco Bin Ujih

p/s : kepada pemikir-pemikir lain, anda juga digalakkan untuk sama-sama membantu menguruskan Gerai pendaftaran ini. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Tiada ulasan: