Isnin, 30 Jun 2008

KDBM@PUTRA BERSEDIA

Difahamkan bahawa Pertandingan Debat alam Sekitar Antara IPT Malaysia 2008 akan diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 26 Julai 2008. Justeru diminta semua pemikir KDBM@PUTRA untuk bersama-sama membantu Pasukan Alam Sekitar UPM dalam menyiapkan diri bagi menghadapi pertandingan tersebut.

Sedikit info tambahan, Pasukan Alam Sekitar UPM masih kekurangan seorang lagi pemikir dari kalangan anda semua. Justeru, kepada sesiapa yang ingin merebut peluang sila tonjolkan diri anda dengan komitmen yang jitu dalam sesi latihan kelak. Keutamaan hanya akan diberikan kepada pemikir-pemikir muda yang berkelayakan.

Kejayaan KDBM@PUTRA adalah kejayaan kita semua.

p/s : maklumat tentang sesi latihan akan diberitahu kemudian. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Saudara Burhan, Saudara Amirrudin atau Saudara Ammar Redza.

Tiada ulasan: