Sabtu, 30 Ogos 2008

KTDI (B) JOHAN PENDEKAR 3!!!

Tahniah diucapkan kepada pasukan Kolej Tun Dr Ismail B (KTDI B) atas kejayaan mereka merampas gelaran Johan PENDEKAR bagi tahun ini. Dengan usul “DUNIA SEMAKIN MATANG”, pasukan KTDI B telah berjaya menewaskan pasukan K10 dengan juri 8-3, margin 1.63. Lebih membanggakan, Anugerah Pendebat Terbaik Akhir juga telah dirangkul oleh Saudari Nabihah (2nd speaker) pasukan KTDI B.

Sebelum melangkah ke pusingan akhir, pasukan KTDI B telah berjaya mengenepikan pasukan Kolej Muhamad Rashid (KMR) di pusingan suku akhir dan menewaskan pasukan K2 di peringkat separuh akhir manakala pasukan K10 pula telah berjaya membenamkan pasukan K13 (A) dan K13 (B) di peringkat suku akhir dan separuh akhir.

Sebanyak 11 orang juri telah diamanatkan tugas untuk mengadili pertandingan akhir ini yang diketuai oleh En. Khairul Nizam Kamal (Ketua Hakim) sambil dibantu oleh wakil pendebat dari UKM, UNITEN dan pendebat-pendebat UPM. Pertandingan Akhir Debat Kemerdekaan Interkolej 2008 ini juga telah dihadiri oleh Prof Dr Azali Mohamed, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UPM sebagai tanda sokongan beliau terhadap usaha-usaha pembangunan debat di UPM.

Tahniah diucapkan kepada pemenang, penganjur, wakil-wakil kehakiman dari UiTM, UKM, UNITEN, dan UMP, juga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penganjuran PENDEKAR kali ini.

Tiada ulasan: