Khamis, 28 Ogos 2008

UPM Johan Pidato Kemerdekaan IPT 2008

Wajah Ceria Juara, Saudara Zamir Hamdy (UIAM) dan Mohd Syamsul Salleh (UPM) menjulang Piala Pusingan Yang Menjadi Milik Mereka Bersama-Sama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

UPM Serdang - Setelah beberapa tahun berusaha dan mencuba, akhirnya Piala Menteri Pengajian Tinggi Pidato Kemerdekaan kategori Bahasa Melayu kini menjadi milik Universiti Putra Malaysia (UPM). Kemenangan ini merupakan kemenangan kedua UPM dalam Pertandingan Pidato IPT MADUM selepas kejayaan membawa pulang Piala Belia Rakan Muda Mei lalu.

Saudara Mohd Syamsul Salleh yang telah diberikan kepercayaan untuk mewakili UPM telah berjaya menewaskan empat pemidato lain dari UIAM, UM, UiTM dan IPSM di pentas akhir melalui tajuk pidatonya “Kestabilan Ekonomi Teras Kelestarian Kemerdekaan” sekaligus membawa pulang piala pusingan, piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM5000.00. Tempat kedua dan ketiga disandang oleh Mohd Izzat Jonid dari UIAM dan Azri Zahier Azmi (UM). Masing-masing telah membawa pulang piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM3000.00 dan RM1000.00.

Tahniah diucapkan kepada KDBM@PUTRA atas kejayaan ini. Sesungguhnya kejayaan ini tidak akn menjadi realiti tanpa semangat kerjasama berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahli.

Kejayaan KDBM@PUTRA adalah kejayaan kita semua!!!

Ahli Keluarga KDBM@PUTRA : Susah Senang Kita Tetap Berjuang Bersama!!!


Keputusan Rasmi Pertandingan

Kategori Bahasa Inggeris

Johan - Zamir Hamdy (UIAM)

Naib Johan - Ashwin Charles (UMP)

Ketiga - Firdaus Nejim (UM)

Keempat - Iskandar Abdullah (UiTM)

Kelima - Muhammad Ismal (UTP)


Kategori Bahasa Melayu

Johan - Mohd Syamsul Salleh (UPM)

Naib Johan - Mohd Izat Jonid (UIAM)

Ketiga - Azri Zahier Azmi (UM)

Keempat - Mohd Hafiz Hood (UiTM)

Kelima - Muhammad Ariff Aizuddin (IPSM)

Tiada ulasan: