Selasa, 16 September 2008

Debat Fomca 2008

Klik pada gambar untuk layari laman rasmi pertandingan.

Pertandingan Debat Kepenggunaan antara Institusi Pengajian Tinggi Awam, Swasta dan Institut Perguruan 2008 akan diadakan pada 17-20 Oktober 2008. Tahun ini, pertandingan akan diadakan di Universiti Multimedia Malaysia (MMU) Kampus Melaka.

Justeru diingatkan kepada pemikir-pemikir KDBM@PUTRA, bahawa sesi latihan akan diadakan pada setiap malam di Bilik Gemini Kolej Ke-13 pada jam 10 malam seperti mana yang telah ditetapkan oleh Presiden Kelab. Sebarang perubahan maklumat tentang masa dan tempat latihan akan dimaklumkan melalui sms.

Pemilihan pendebat untuk mewakili UPM dalam pertandingan kali ini akan dinilai berdasarkan komitmen dan prestasi yang ditonjolkan sepanjang sesi latihan dijalankan.

Tiada ulasan: