Isnin, 15 September 2008

Perkampungan Debat Persahabatan IPT 2008

Perkampungan Debat Persahabatan IPT 2008 (PERAMAH08) telah melabuhkan tirainya semalam. Dengan jumlah penyertaan yang hampir mencecah 80 orang pendebat dari 8 buah IPT seluruh Malaysia, ia dilihat sebagai platform terbaik untuk membudayakan dan mendedahkan pendebat-pendebat muda kepada dunia perdebatan IPT yang sebenarnya.

Terima kasih diucapkan kepada UiTM, UKM, UNITAR, UMP, UNITEN, UTP dan MMU atas kesudian mereka untuk bersama-sama menjayakan program persahabatan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada alumni-alumni debat IPT Malaysia seperti Saudara Firdaus dan Saudara Hasrul dari UKM, Saudara Azizul dari UM/UNITEN, Saudara Azwan dari UMP, Saudara Syafiq dan Saudara Nizamudin dari UiTM atas kesudian mereka untuk melapangkan masa dan turut serta meramahkan dunia debat dalam kalangan pendebat-pendebat baru dan lama IPT hari ini.

Program ini juga dijalankan dengan kerjasama dan bantuan kemudahan daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPM dan Pentadbiran Kolej Ke-13, UPM.

p/s : terima kasih kepada pemikir-pemikir KDBM@PUTRA atas kerjasama dan komimen anda semua dalam menjayakan program ini.

Tiada ulasan: