Selasa, 18 November 2008

Perlawanan Debat Persahabatan UPM dan UiTM

KDBM@PUTRA dan Pasukan Debat Bahasa Melayu UiTM sekali lagi bekerjasama dalam menjayakan perlawanan debat persahabatan yang dijalankan pada 18 November 2008 di Universiti Putra Malaysia (UPM). Perlawanan persahabatan yang melibatkan kerjasama dua deligasi pendebat ini bukan sahaja menjadi salah satu bentuk persediaan kedua-dua pasukan bagi menghadapi Pertandingan Debat Di Raja IPTA 2008 hujung bulan ini, malah ia juga turut menjadi platform bagi merapatkan hubungan persahabatan antara pendebat-pendebat UPM dan juga pendebat-pendebat UiTM.

Sebanyak 4 perlawanan persahabatan telah dijalankan yang melibatkan 3 perlawanan bagi kategori muda melalui usul perdebatan “Tun Dr Mahathir Layak Diberikan Anugerah Nobel” dan “Struktur PBB Perlu Diubah”, manakala 1 perlawanan lagi membabitkan pasukan utama kedua-dua belah pihak dengan usul “Rumah Putih Cuma Bertukar Warna”.

Semoga kerjasama antara UPM dan UiTM mampu melahirkan generasi pendebat yang berkualiti di masa-masa yang akan datang.

Tiada ulasan: