Rabu, 31 Disember 2008

Pemilihan Wakil Malaysia Dalam PABM 2009

Pemilihan Wakil Malaysia Bagi Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa Piala Perdana Menteri (PABM) akan diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 04 Januari 2009 (Ahad). Pertandingan yang dijadualkan bermula pada jam 08.00 pagi hingga 05.00 petang di Dewan Seminar HEA (Menara Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) UiTM Shah Alam itu telah menjemput pemidato-pemidato dari pelbagai IPTA, IPTS, IPG dan Politeknk seluruh Malaysia.

Sama-samalah kita mendoakan dan memberi sokongan moral kepada wakil UPM dalam pertandingan tersebut. Sesungguhnya kecemerlangan UPM adalah kecemerlangan kita semua.

Berikut merupakan antara tajuk yang akan menjadi pilihan peserta yang bertanding :

  1. Belia Pemacu Keharmonian Dunia
  2. Malaysia Gemilang Dipersada Antarabangsa
  3. Bahasa Melayu Bahasa Perpaduan
  4. Keadilan Ekonomi Teras Kemakmuran.
  5. Kepimpinan Berintegriti Asas Keamanan Dunia
  6. Alam Terpelihara Manusia Sejahtera
  7. Perpaduan Menjamin Kemajuan Negara
  8. Kebejatan Moral Petanda Keruntuhan Tamadun
  9. Rumpun Melayu Syurga Warisan
  10. Kecemerlangan Pendidikan Asas Pembangunan Negara

Tiada ulasan: