Memaparkan catatan dengan label PABM 2009. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PABM 2009. Papar semua catatan

Selasa, 3 Mac 2009

PERTANDINGAN PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU (PABM) 2009


Perhatian kepada semua warga KDBMPUTRA. Pertandingan Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri dijadualkan berlangsung seperti berikut:

Peringkat saringan: 3-5 Mac 2009, Universiti Malaya
Peringkat akhir : 6 Mac 2009, PICC

Saudara Mohd Syamsul Salleh, telah terpilih untuk mewakili Malaysia ke pertandingan tersebut. Marilah bersama-sama memberikan sokongan padu kepada wakil Malaysia. Semoga berjaya!


p/s: masa dan tempat pertandingan peringkat akhir yang lebih spesifik akan menyusul kemudian..diharap semua warga KDBMPUTRA dapat hadir untuk memberi sokongan.

Selasa, 6 Januari 2009

UPM Mewakili Malaysia Dalam PABM 2009

Selepas kejayaan mengembalikan kejayaan yang cemerlang menerusi kejuaraan debat di raja baru-baru ini, KDBM@PUTRA terus melebarkan rekod kejayaan yang membanggakan dan terus mengangkat martabat Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang pengucapan awam Malaysia apabila muncul juara dalam Pemilihan Wakil Malaysia Ke Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2009 yang telah diadakan di Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam pada 04 Januari lalu.

Kemenangan ini membolehkan wakil UPM, Saudara Mohd Syamsul Salleh, mewakili Malaysia ke Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Timbalan Perdana Menteri 2009 yang dijangka akan diadakan pada Februari nanti.


Teruskan sokongan anda kerana kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.

Ahad, 4 Januari 2009

Perhatian!!!!

Perhatian kepada pemikir-pemikir KDBM@PUTRA yang sudah mengesahkan status anda untuk memberi sokongan kepada wakil UPM dan menyaksikan Pemilihan Wakil Malaysia PABM di UiTM Shah Alam pada 04 Januari 2009. Anda dikhendaki berkumpul selewat-lewatnya pada jam 7.30 pagi di hadapan Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia.

Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.

Rabu, 31 Disember 2008

Pemilihan Wakil Malaysia Dalam PABM 2009

Pemilihan Wakil Malaysia Bagi Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa Piala Perdana Menteri (PABM) akan diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 04 Januari 2009 (Ahad). Pertandingan yang dijadualkan bermula pada jam 08.00 pagi hingga 05.00 petang di Dewan Seminar HEA (Menara Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) UiTM Shah Alam itu telah menjemput pemidato-pemidato dari pelbagai IPTA, IPTS, IPG dan Politeknk seluruh Malaysia.

Sama-samalah kita mendoakan dan memberi sokongan moral kepada wakil UPM dalam pertandingan tersebut. Sesungguhnya kecemerlangan UPM adalah kecemerlangan kita semua.

Berikut merupakan antara tajuk yang akan menjadi pilihan peserta yang bertanding :

  1. Belia Pemacu Keharmonian Dunia
  2. Malaysia Gemilang Dipersada Antarabangsa
  3. Bahasa Melayu Bahasa Perpaduan
  4. Keadilan Ekonomi Teras Kemakmuran.
  5. Kepimpinan Berintegriti Asas Keamanan Dunia
  6. Alam Terpelihara Manusia Sejahtera
  7. Perpaduan Menjamin Kemajuan Negara
  8. Kebejatan Moral Petanda Keruntuhan Tamadun
  9. Rumpun Melayu Syurga Warisan
  10. Kecemerlangan Pendidikan Asas Pembangunan Negara