Isnin, 23 Mac 2009

PENITI V INTERVARSITI - AKHIRNYA DALAM GENGGAMAN

PENITI V Intervarsiti julung-julung kali menyaksikan kemenangan oleh Universiti Putra Malaysia. Tahniah buat Saudara Amirrudin b Abd Rahman yang telah dinobatkan sebagai Johan PENITI V Intervarsiti. Saudara Amirrudin telah menyampaikan pidato yang bertajuk 'Liberalisasi Minda Punca Krisis Kepimpinan Kini'. KDBMPUTRA sangat berbangga dengan kejayaan anda.

Bagi Saudara Ammar Redza, Saudara Mohd Fazil dan Saudari Nabihah, KDBMPUTRA sentiasa menyokong kuat usaha anda. Kejayaan kesemua anda yang layak ke separuh akhir dan peringkat akhir (bagi Saudara Ammar) amat bermakna buat KDBMPUTRA. Usaha itu tangga kejayaan. Tingkatkan prestasi demi kecemerlangan masa hadapan. KDBMPUTRA boleh!


p/s: Ingatan buat semua warga KDBMPUTRA. Kecemerlangan tidak berterusan tanpa usaha. Jangan lalai dan leka. Berusaha! KDBMPUTRA boleh!

Tiada ulasan: