Memaparkan catatan dengan label Peniti 09. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peniti 09. Papar semua catatan

Isnin, 23 Mac 2009

PENITI V INTERVARSITI - AKHIRNYA DALAM GENGGAMAN

PENITI V Intervarsiti julung-julung kali menyaksikan kemenangan oleh Universiti Putra Malaysia. Tahniah buat Saudara Amirrudin b Abd Rahman yang telah dinobatkan sebagai Johan PENITI V Intervarsiti. Saudara Amirrudin telah menyampaikan pidato yang bertajuk 'Liberalisasi Minda Punca Krisis Kepimpinan Kini'. KDBMPUTRA sangat berbangga dengan kejayaan anda.

Bagi Saudara Ammar Redza, Saudara Mohd Fazil dan Saudari Nabihah, KDBMPUTRA sentiasa menyokong kuat usaha anda. Kejayaan kesemua anda yang layak ke separuh akhir dan peringkat akhir (bagi Saudara Ammar) amat bermakna buat KDBMPUTRA. Usaha itu tangga kejayaan. Tingkatkan prestasi demi kecemerlangan masa hadapan. KDBMPUTRA boleh!


p/s: Ingatan buat semua warga KDBMPUTRA. Kecemerlangan tidak berterusan tanpa usaha. Jangan lalai dan leka. Berusaha! KDBMPUTRA boleh!

Ahad, 15 Februari 2009

PENITI Interkolej 2009


Tahniah diucapkan kepada Saudara Amirrudin Abd Rahman kerana berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Pidato Kepimpinan Harmoni Interkolej 2009.

Tahniah juga diucapkan kepada Nur Atikah dari Kolej-5 yang mendapat tempat ke-2 dan Mohd Fazil Yahaya yang berjaya mendapat tempat ke-3.

Kepada yang tidak mendapat tempat, jangan bersedih kerana anda juga adalah insan-insan yang berjaya berpidato diatas pentas. Bukan semua orang berjaya buat seperti mana yang anda semua lakukan.

KDBM@PUTRA mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan dari UiTM yang sudi hadir malam tadi. Semoga ukhwah diantara 2 buah universiti ini akan terus berkekalan hendaknya.



Tahniah sekali lagi KDBM@PUTRA ucapkan kepada semua peserta PENITI 2009.

Sabtu, 14 Februari 2009

PENITI 2009

Selamat Berjaya kepada warga debat yang mewakili kolej masing-masing ke Pertandingan Pidato Kepimpinan Harmoni Interkolej anjuran Kolej Kelima.

Siapakah yang bakal merampas semula piala Sumbangsih dari Fara Syazwani, juara PENITI Interkolej '08 ?

Mari sama2 kita nantikan.....