Rabu, 13 Mei 2009

BERITA PIDATO RAKAN MUDA



BUKIT JALIL, 10 Mei - Alhamdulillah, selepas kejayaan beliau pada Pidato PENITI V intervarsiti baru-baru ini, saudara Amirrudin Abd Rahman sekali lagi mengharumkan nama Universiti Putra Malaysia apabila berjaya menjadi johan Pertandingan Pidato Rakan Muda 2009 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 10 Mei 2009 baru-baru ini. Kejayaan beliau ini sekaligus mempertahankan kejuaraan yang juga menjadi milik UPM pada tahun lepas, apabila saudara Mohd Syamsul b Salleh menjuarainya untuk edisi lalu.


Untuk Pertandingan Pidato Rakan Muda ini, saudari Nor Hidayah dari UTM berjaya menduduki tempat kedua, diikuti saudari Siti Habibah dari UPSI di tempat ketiga, tempat keempat digondol oleh saudara Mohd Jeffrey dari UIAM dan tempat kelima menjadi milik saudara Ammar Redza b Ahmad Rizal juga dari UPM.


KDBM@PUTRA mengucapkan tahniah atas kejayaan anda semua. Semoga kejayaan anda semua menjadi perangsang untuk mencipta lebih banyak lagi kejayaan yang bermakna.

Tiada ulasan: