Jumaat, 22 Mei 2009

DEBAT INTEGRITI 2009 (UTM)

Bertarikh 15-19 Mei 2009, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menghantar 2 pasukan debat untuk menyertai Debat Perdana Integriti 2009 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM).



UPM telah diwakili oleh Amirrudin Abd Rahman, Ammar Redza Ahmad Rizal, Fadzril Idzwan Jamaldin dan Nur Syabira Izzaty Mohd Yusoff sebagai UPM A, manakala UPM B diwakili oleh Nor Fara Syazwani bt Jufrin, Muhammad Badri b Ishak, Norlida bt Idrus dan Nur Hafizah Mohd Yunos. Kedua-dua pasukan ini telah diuruskan oleh Favian Micco Ujin dan Norazwin Shajudeen.


Pada pertandingan kali ini, UPM A telah berjaya untuk melayakkan diri dalam 8 pasukan terbaik untuk mara ke pusingan suku akhir, manakala UPM B hanya mampu berada di tempat ke-11 daripada 36 pasukan yang bertanding. Di peringkat suku akhir, pasukan UPM A tewas kepada UiTM yang juga johan untuk untuk debat kali ini selepas menewaskan UKM pada pertandingan akhir. Keseluruhannya, prestasi pasukan UPM dalam arena debat Integriti kali ini masih lagi sama seperti debat Integriti tahun lepas, yang mana satu pasukan berjaya ke suku akhir dan satu pasukan lagi tidak berubah kedudukan di tangga ke-11.


Antara perkara menarik yang boleh diperkatakan tentang debat kali ini kejayaan beberapa pasukan yang diwakili oleh para pendebat pelapis universiti yang diamanahkan untuk meneruskan perjuangan senior-senior universiti masing-masing seperti UPSI B yang berjaya ke suku akhir, UTM A yang telah bertahan hingga ke pusingan separuh akhir dan UKM yang ke pentas final. Tahniah diucapkan buat mereka. Tahniah juga buat pasukan UUM, USM, dan UIAM yang juga telah bekerja keras dalam mengharungi persaingan sengit debat Integriti sehingga berjaya menempatkan diri dalam 8 pasukan terbaik.


Diharapkan untuk debat Integriti yang akan datang, pasukan UPM boleh untuk memperbaiki pencapaian, dan tidak berhenti untuk memperbaiki kelemahan. Untuk pasukan debat Perpaduan serta Pengguna yang akan datang, semoga prestasi yang cemerlang dikekalkan dengan usaha gigih dan komitmen kental dari seluruh ahli kelab. Selamat berusaha!

Tiada ulasan: