Memaparkan catatan dengan label Debat Alam Sekitar 2008. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Debat Alam Sekitar 2008. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Julai 2008

Debat Alam Sekitar IPT 2008

Kontinjen KDBM@PUTRA dalam Debat Alam Sekitar (DAS) Antara IPT 2008 telah berlepas ke Universiti Malaysia Sabah (UMS). Mereka terdiri daripada :

  1. Amirrudin Bin Abd Rahman (Ketua Kontinjen)
  2. Ammar Redza Bin Ahmad Rizal
  3. Mohd Fazil Bin Hj Yahaya
  4. Norlida Binti Idrus
  5. Abdul Hadi Bin Samsi (Pelajar tahun 1 untuk pendedahan)

Semoga Kontinjen DAS KDBM@PUTRA dapat memberi pengkhabaran gembira kepada kita semua.

Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan dan kecemerlangan mereka di sana.

Selasa, 8 Julai 2008

Latihan Debat Alam Sekitar 2008

Latihan Debat Alam Sekitar 2008 telah bermula. Diharapkan semua pemikir KDBM@PUTRA dapat memberikan kerjasama untuk mengikuti sesi latihan yang diadakan setiap malam bermula pada jam 9.00 malam. Setakat ini latihan diadakan di perkarangan Balai Ilmu Kolej Keenam sementara menunggu kelulusan penggunaan bilik atau dewan tertutup. Sebarang perubahan tempat latihan akan diberitahu kelak.

Pemikr-pemikir baharu yang baru saja mendaftar juga digalakkan untuk bersama-sama menyertai latihan ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Amirrudin Abd Rahman di talian 017-6525293.

Kejayaan KDBM@PUTRA adalah kejayaan kita semua.

Khamis, 3 Julai 2008

USUL DEBAT ALAM SEKITAR ANTARA IPT MALAYSIA 2008

pusingan 1
PEMBANGUNAN MAPAN MENJAMIN KELESTARIAN ALAM SEKITAR

pusingan 2
PENCEMARAN SUNGAI DI MALAYSI SUDAH TIADA HARAPAN

pusingan 3
DEMI ALAM, KONSEP PENCEMAR BAYAR PERLU DIKUATKUASAKAN

pusingan 4
UNDANG-UNDANG JAWAPAN TERBAIK KEPADA PERMASALAHAN ALAM SEKITAR

pusingan 5
KITAR SEMULA : HANGAT-HANGAT TAHI AYAM

pusingan 6
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA TIDAK TENTU ARAH

peringkat suku akhir
KITA SEPAKAT MENANGANI MASALAH PERUBAHAN IKLIM DUNIA

peringkat separuh akhir
PENGGUNAAN LESTARI SUMBER ASLI MENJAMIN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

peringkat akhir
KITA CUKUP SERIUS MENANGANI ISU ALAM SEKITAR

Isnin, 30 Jun 2008

KDBM@PUTRA BERSEDIA

Difahamkan bahawa Pertandingan Debat alam Sekitar Antara IPT Malaysia 2008 akan diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 26 Julai 2008. Justeru diminta semua pemikir KDBM@PUTRA untuk bersama-sama membantu Pasukan Alam Sekitar UPM dalam menyiapkan diri bagi menghadapi pertandingan tersebut.

Sedikit info tambahan, Pasukan Alam Sekitar UPM masih kekurangan seorang lagi pemikir dari kalangan anda semua. Justeru, kepada sesiapa yang ingin merebut peluang sila tonjolkan diri anda dengan komitmen yang jitu dalam sesi latihan kelak. Keutamaan hanya akan diberikan kepada pemikir-pemikir muda yang berkelayakan.

Kejayaan KDBM@PUTRA adalah kejayaan kita semua.

p/s : maklumat tentang sesi latihan akan diberitahu kemudian. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Saudara Burhan, Saudara Amirrudin atau Saudara Ammar Redza.