Memaparkan catatan dengan label Debat Perpaduan 2008. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Debat Perpaduan 2008. Papar semua catatan

Isnin, 12 Mei 2008

PINDAAN SYARAT DEBAT PERPADUAN

Untuk makluman pemikir-pemikir KDBM@PUTRA, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional telah melakukan sedikit pindaan dan pembaharuan terhadap syarat pertandingan tahun ini. Setiap pasukan yang ingin menyertai pertandingan perlu untuk memenuhi salah satu daripada dua syarat di bawah ini ;
Sekiranya pendebat yang beraksi terdiri daripada DUA (2) pendebat Melayu, maka pendebat bukan Melayu yang diwajibkan untuk beraksi perlu terdiri daripada seorang pendebat kaum CINA, INDIA atau THAI SAHAJA!!!
Sekiranya pendebat bukan Melayu yang beraksi terdiri daripada kaum BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK (Murut, Kadazan, Bajau, dsb). Maka pasukan itu diwajibkan menyediakan DUA (2) pendebat BUKAN MELAYU BUMIPUTERA SABAH DAN SERAWAK dan SEORANG (1) pendebat MELAYU sebagai pendebat yang perlu beraksi.
Berdasarkan informasi tersebut, maka rombakan dan penyusunan semula Pasukan Debat Perpaduan Dan Integrasi Nasional UPM akan dilakukan semasa Latihan Pusat dijalankan.

Informasi dari :
Mohd Syamsul Bin Salleh

Isnin, 5 Mei 2008

PEMBERITAHUAN : Latihan Pusat Debat Perpaduan

Perhatian kepada nama-nama Pemikir UPM di bawah ini. Anda dikhendaki melaporkan diri pada hari Khamis, 15 MEI 2008 bagi menghadiri Latihan Pusat Debat Perpaduan Dan Integrasi Nasional di sekitar Kolej Kediaman Universiti Putra Malaysia. Kerjasama anda akan menjadi pemangkin kecemerlangan KDBM@PUTRA dalam Pertandingan Debat Perpaduan Dan Integrasi nasional Antara IPT di UUM akhir Mei nanti.

1.Mohd Syamsul Bin Salleh
2.Norlida Binti Idrus
3.Mohd Fazil Bin Hj Yahaya
4.Nurhafizah Binti Md Yunos
5.Noor Faezah Binti Yahaya
6.Muhamad Lukman Al- Hakim Bin Low Abdullah
7.Nur Syabira Izzaty Binti Md Yusoff
8.Ammar Redza Bin Ahmad Rizal
9.Fadzril Izwan Bin Jamaldin

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Saudari Noor faezah Binti Yahaya merangkap Pengurus Pasukan Perpaduan atau Saudara Mohd Syamsul Bin Salleh.

p/s : tempat latihan akan diberitahu selepas anda selesai melaporkan diri.