Memaparkan catatan dengan label LATIHAN DEBAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LATIHAN DEBAT. Papar semua catatan

Rabu, 21 Januari 2009

Latihan Debat ASTAR

Perhatian kepada pemikir KDBM@PUTRA. Latihan berpusat Debat Terbuka ASTAR akan diadakan pada jam 9.00 malam (setiap hari) yang bertempat di Bilik Cancer, Kolej Ke-13. Kehadiran adalah diwajibkan kepada semua pemikir dalam merebut tempat untuk mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sebarang ketidakhadiran perlu dimaklumkan 24 jam lebih awal kepada ketua unit latihan dan pengurus pasukan.

Kerjasama dan komitmen anda adalah penentu kejayaan KDBM@PUTRA.

Isnin, 5 Januari 2009

Info : Latihan Debat Mingguan

KDBM@PUTRA akan mengadakan latihan berkala mingguan pada 05 Januari 2009 (Isnin) yang bertempat di Bilik Cancer, Kolej Ke-13, UPM. Latihan dijangka akan bermula pada jam 9.00 hingga 11.30 malam. Kedatangan adalah diwajibkan.

Kepada pelajar baharu ang beminat, anda juga dijemput untuk turut serta dalam latihan ini.

p/s : sila bawa jadual kuliah masing-masing untuk tujuan penyusunan jadual latihan.

Khamis, 1 Januari 2009

Latihan Mingguan Pertama 2009

Perhatian kepada semua pemikir, anda diwajibkan untuk menghadiri Latihan Mingguan pada 01 Januari 2009 (Khamis) di Bilik Cancer, Kolej Ke-13. Latihan akan bermula pada jam 09.00 pagi dan kehadiran adalah diwajibkan. Sebarang ketidakhadiran anda perlu dimaklumkan kepada Saudari Norlida Idrus.

Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.

Isnin, 15 September 2008

Perkampungan Debat Persahabatan IPT 2008

Perkampungan Debat Persahabatan IPT 2008 (PERAMAH08) telah melabuhkan tirainya semalam. Dengan jumlah penyertaan yang hampir mencecah 80 orang pendebat dari 8 buah IPT seluruh Malaysia, ia dilihat sebagai platform terbaik untuk membudayakan dan mendedahkan pendebat-pendebat muda kepada dunia perdebatan IPT yang sebenarnya.

Terima kasih diucapkan kepada UiTM, UKM, UNITAR, UMP, UNITEN, UTP dan MMU atas kesudian mereka untuk bersama-sama menjayakan program persahabatan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada alumni-alumni debat IPT Malaysia seperti Saudara Firdaus dan Saudara Hasrul dari UKM, Saudara Azizul dari UM/UNITEN, Saudara Azwan dari UMP, Saudara Syafiq dan Saudara Nizamudin dari UiTM atas kesudian mereka untuk melapangkan masa dan turut serta meramahkan dunia debat dalam kalangan pendebat-pendebat baru dan lama IPT hari ini.

Program ini juga dijalankan dengan kerjasama dan bantuan kemudahan daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPM dan Pentadbiran Kolej Ke-13, UPM.

p/s : terima kasih kepada pemikir-pemikir KDBM@PUTRA atas kerjasama dan komimen anda semua dalam menjayakan program ini.

Isnin, 1 September 2008

Latihan di Bulan Ramadhan

Selamat berpuasa diucapkan kepada semua ahli KDBM Putra..semoga semua memperoleh keberkatan dalam bulan yang mulia ini..

Walaupun kita berpuasa dan menjalani pelbagai ibadah dalam bulan yg mulia ini Latihan tidak boleh dilupakan..Jadi latihan debat tetap akan dilaksanakan sepanjang bulan yg mulia ini bagi memastikan para pendebat tidak kehilangan momentum..

Latihan akan dilaksanakan pada :
  • Setiap Hari (Isnin ke Jumaat ) - Bermula jam 10.10 malam (tepat)
  • Hujung Minggu - Bermula jam 8.00 a.m (bulan puasa kurangkan tidur.lepas sahur baca quran,terang sikit hati)
  • Venue latihan : ( Antara Bilik KTP dan Bilik Seminar K6 )
  • Kehadiran : WAJIB, alasan tidak boleh diterima..sebarang permohonan untuk cuti hujung minggu mesti dibuat 1 minggu lebih awal,dan cuti terhad 1 kali sahaja dalam bulan ini..
Sekian, harap maklum..

Peraturan ini berkuatkuasa pada 2 SEPTEMBER 2008.