Memaparkan catatan dengan label Pidato Kemerdekaan 2008. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pidato Kemerdekaan 2008. Papar semua catatan

Khamis, 28 Ogos 2008

UPM Johan Pidato Kemerdekaan IPT 2008

Wajah Ceria Juara, Saudara Zamir Hamdy (UIAM) dan Mohd Syamsul Salleh (UPM) menjulang Piala Pusingan Yang Menjadi Milik Mereka Bersama-Sama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

UPM Serdang - Setelah beberapa tahun berusaha dan mencuba, akhirnya Piala Menteri Pengajian Tinggi Pidato Kemerdekaan kategori Bahasa Melayu kini menjadi milik Universiti Putra Malaysia (UPM). Kemenangan ini merupakan kemenangan kedua UPM dalam Pertandingan Pidato IPT MADUM selepas kejayaan membawa pulang Piala Belia Rakan Muda Mei lalu.

Saudara Mohd Syamsul Salleh yang telah diberikan kepercayaan untuk mewakili UPM telah berjaya menewaskan empat pemidato lain dari UIAM, UM, UiTM dan IPSM di pentas akhir melalui tajuk pidatonya “Kestabilan Ekonomi Teras Kelestarian Kemerdekaan” sekaligus membawa pulang piala pusingan, piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM5000.00. Tempat kedua dan ketiga disandang oleh Mohd Izzat Jonid dari UIAM dan Azri Zahier Azmi (UM). Masing-masing telah membawa pulang piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM3000.00 dan RM1000.00.

Tahniah diucapkan kepada KDBM@PUTRA atas kejayaan ini. Sesungguhnya kejayaan ini tidak akn menjadi realiti tanpa semangat kerjasama berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahli.

Kejayaan KDBM@PUTRA adalah kejayaan kita semua!!!

Ahli Keluarga KDBM@PUTRA : Susah Senang Kita Tetap Berjuang Bersama!!!


Keputusan Rasmi Pertandingan

Kategori Bahasa Inggeris

Johan - Zamir Hamdy (UIAM)

Naib Johan - Ashwin Charles (UMP)

Ketiga - Firdaus Nejim (UM)

Keempat - Iskandar Abdullah (UiTM)

Kelima - Muhammad Ismal (UTP)


Kategori Bahasa Melayu

Johan - Mohd Syamsul Salleh (UPM)

Naib Johan - Mohd Izat Jonid (UIAM)

Ketiga - Azri Zahier Azmi (UM)

Keempat - Mohd Hafiz Hood (UiTM)

Kelima - Muhammad Ariff Aizuddin (IPSM)

Rabu, 20 Ogos 2008

Laporan : Saringan Dan Separuh Akhir Pidato Kemerdekaan IPT 2008

Pada 15-17 Ogos 2008, Pertandingan Pidato Kemerdekaan Antara IPT 2008 telah diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diwakili oleh saudara Mohd Syamsul Bin Salleh, telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok 5 pemidato terbaik daripada 17 pemidato yang bersaing bagi merebut kejuaraan pada tahun ini.

Turut layak ke pusingan akhir dan akan bersaing pada 26 Ogos 2008 bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah pemidato berkaliber dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM) dan Institut Perguruan Sultan Mizan (IPSM).

Diharapkan pemikir-pemikir KDBM@PUTRA dan keseluruhan warga UPM dapat bersama-sama hadir dan memberi semangat kepada peserta-peserta yang bertanding khususnya kepada wakil yang akan membawa nama UPM di pentas perdana itu nanti.

Kejayaan KDBM@PUTRA adalah kejayaan kita semua!!!

Sebarang maklumat lanjut tentang perjalanan pertandingan akan dimaklumkan kemudian.

p/s : Kali terakhir UPM berada di pentas akhir pidato Kemerdekaan adalah pada tahun 2006 di UMS.