Jumaat, 8 Januari 2010

Amirrudin Juara Pidato Kemerdekaan Antara IPT

Naib Canselor, UPM Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah mengucapkan tahniah kepada Amiruddin atas kejayaannya.

KUALA LUMPUR, 30 Disember – Pelajar Tahun 3 Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) Universiti Putra Malaysia (UPM), Amirrudin Abdul Rahman muncul juara pertandingan Pidato Kemerdekaan Antara IPT 2009 (kategori Bahasa Melayu).

Amiruddin berkata kemenangan itu amat didambakan kerana beliau tidak berpeluang mewakili UPM pada tahun lalu selepas memberi laluan kepada juara pertandingan, Mohd. Syamsul Salleh yang juga pelajar UPM.

“Pertandingan kali ini amat sengit kerana tiada peserta yang menjadi pilihan daripada 21 calon bertanding,” katanya yang berazam untuk memenangi Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa pada tahun 2010.

Selain pertandingan tersebut, Amiruddin turut memenangi tiga lagi pertandingan pidato peringkat intervarsiti pada tahun ini iaitu Pidato Belia Rakan Muda, Pidato Kepimpinan Peniti V dan Pidato Keselamatan dan Mahasiswa.

Program anjuran Yayasan Tuanku Abdul Rahman, Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu turut menyediakan hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

Turut hadir, Rektor UIA, Profesor Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid dan Pengerusi Yayasan Tunku Abdul Rahman, Dr. Tengku Abdul Aziz Tengku Zainal.

Amirrudin bersama piala kemenangan Pidato Kemerdekaan Antara IPT 2009 (kategori Bahasa Melayu).


Berita ini disediakan oleh Seksyen Media, Bahagian Komunikasi Korporat UPM.

Rabu, 6 Januari 2010

Liga Debat Putra (LDP) Semester II 09/10

Membuka tirai semester kedua bagi sesi 2009/2010, berikut merupakan aktiviti yang telah telah diatur;

Perjumpaan Bersama Pengurus Kolej Kediaman
Tarikh: 8 Januari 2010 (Jumaat)
Masa: 8.45 - 10.00 malam
Tempat: Bilik Skorpio, Kolej ke-13
Pakaian: Semi formal

Bengkel Pemantapan Debat
Tarikh: 9 Januari 2010 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dataran Melur, Kolej Tun Dr Ismail
Pakaian: Semi formal
Sarapan & Makan Tengahari Disediakan

Saringan 4-7 LDP
Tarikh: 10 Januari 2010n (Ahad)
Masa: 8.30 pagi - 6.00 petang
Tempat: Kompleks Mahasiswa
Pakaian: Formal/Pakaian pertandingan
Sarapan & Makan Tengahari Disediakan



Sekiranya terdapat sebarang masalah atau persoalan, anda bolehlah berhubung dengan mana-mana ahli jawatankuasa penganjur sebelum pogram dijalankan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Kerjasama semua pihak amatlah penting bagi memastikan kelancaran LDP.

Isnin, 23 November 2009

USUL DEBAT DIRAJA 2009.

POLITIK

1.Pilihanraya Kecil Perlu Dimansuhkan.

2. UMNO Perlu Rakan Kongsi Baru.

3. Kerajaan perpaduan perlu diteruskan.

4. Pakatan Rakyat tidak lagi relevan

5. Isu Bai’ah: Sandiwara Politik.

6. Pindaan Perlembagaan UMNO Adalah Penawar.

7. Gaji Wakil Rakyat Wajar Dinaikkan.

8. Krisis MCA: Cerita Lama Pelakon Baru.

9. ISA Melindungi Keselamatan Rakyat Malaysia.

10. Ancaman Pengganas Hanya Propaganda Kuasa Besar Dunia.

11. Korea Utara Perlu Diberi Peluang.

12. Ahmadinejad Hang Jebat Dunia Islam

13. Obama mengecewakan misi keamanan dunia.

14. Tarian Pendet Hanya Alasan.

15. Palestin Perlu Beralah.

16. 1 Malaysia Simbol Politik.

17. Penjanjian Nuklear As-Iran Berat Sebelah.

18. Keselamatan Laluan Perdagangan: Kita Tidak Bersatu.

19. Wilayah Autonomi Penawar Krisis.

20. Hadiah Nobel Keamanan Dipolitikkan.


EKONOMI

1. Pengeluaran KWSP Untuk Menunaikan Haji Wajar.

2. Wakaf Alternatif Ekonomi Sejagat.

3. F1 1Malaysia satu pembaziran

4. Bajet 2010 membebankan rakyat

5. OIC perlu matawang sendiri

6. Pasar Raya Besar Lubuk Emas IKS.

7. Asean Perlu Menjadi Blok Ekonomi.

8. Liberalisasi ekonomi tidak liberal.

9. Sudah Tiba Masanya Sistem Bretton Wood Diganti.

10. FAO Perlu Transformasi.

11. Bioteknologi Menjana Ekonomi Negara.

12. Pembangunan Ekonomi Meruntuhkan Moral Masyarakat.


SOSIAL

1. Bola Sepak Malaysia: Hampas Bukan Teras.

2. Pembangunan Sukan Di Malaysia Tidak Mencukupi.

3. Masyarakat Malaysia Tidak Minat Sukan.

4. Malaysia Di Sukan Olimpik: Ibarat Pungguk Rindukan Bulan.

5. Atlet Malaysia Tidak Sedar Diuntung.

6. Mansuh PPSMI Bukan Jawapan Terbaik.

7. Pendidikan kita ketinggalan

8. Pertandingan Ratu Cantik satu Penghinaan

9. Universiti APEX Tidak Cukup Satu.

10. Biofuel: Iklim Nombor Satu, Makanan Nombor Dua.

11. Pendidikan Alam Sekitar Wajar Diajar Di Sekolah.

12. Drama Berunsur Tahyul Perlu Diharamkan.

13. Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Di Malaysia memuaskan

14. Afdlin Shauki: P.Ramlee Generasi Baru.

15. Rancangan Realiti: Kebajikan Plastik.

16. Bank Bayi Perlu Diwujudkan.

17. Demi Kesihatan Sudah Tiba Masanya Rokok Diharamkan.

18. Orang Gaji: Hamba Sahaya Zaman Moden.

19. Jualan Murah Gimik Peniaga.

20. Facebook: Lebih sudu daripada kuah


HUMOR/PERIBAHASA

1. Perkahwinan Bukti Cinta.

2. Kanak-Kanak Perlu Lebih Bermain.

3. Hitam Itu Menawan.

4. Panas Lebih Baik Dari Hujan.

5. Pisang Lebih Enak Dari Epal.

6. Poligami Perlu Disokong.

7. Bergelap-Gelap Didalam Terang

Jumaat, 23 Oktober 2009

Pidato Keselamatan& Mahasiswa Milik UPM!

22 Okt, Bukit Kiara - Bertempat di Dewan Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, sejarah ulung telah tercipta di sini semalam apabila saudara Amirrudin b Abd Rahman, 23, dari Universiti Putra Malaysia telah mengukir sejarah sebagai johan pertama Pertandingan Pidato Keselamatan & Mahasiswa anjuran Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.

Dari dewan yang sama juga turut menyaksikan saudara Ikhwan dari USIM dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua, manakala wakil tuan rumah, saudara Wan Azizul menduduki tempat ketiga. Turut memeriahkan pertandingan akhir pidato ini adalah saudari Habibah Juddin dan Kamaruddin dari UPSI, Mohd Firdaus dari UM, dan Aizuddin dari UNITAR.

Kemenangan yang dimiliki oleh oleh Amirrudin menambahkan lagi koleksi kemenangan beliau menjadi 4 dalam pertandingan pidato antara IPT yang disertai beliau semenjak menjejakkan kaki ke bumi UPM.

"Saya mengucapkan rasa syukur kepada Allah atas nikmat kemenangan yang diberikan ini. Saya juga ingin mengucapkan seinfiniti terima kasih buat ibu dan keluarga saya yang tak pernah jemu-jemu mendoakan saya, juga terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan dan BHEP yang sentiasa menyokong saya walau di mana saya berada," jawab beliau dengan tenang pabila ditemuramah.

"Kejayaan ini diharapkan menjadi pendorong buat adik-adik yang bakal menghadapi Debat Diraja akan datang untuk melakukan yang terbaik bagi mengangkat nama UPM di arena pperdebatan dan pengucapan awam antara IPT," tambah beliau sambit tersenyum kala ditemuramah.

Isnin, 19 Oktober 2009

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

TARIKH / HARI: 19 Oktober 2009 / Isnin

WAKTU: 8.30 malam

TEMPAT: Bilik Skorpio, Kolej 13

Buat anda yang berminat untuk menyertai kelab ini, anda boleh hadir ke mesyuarat ini. Juga buat anda yang telah mendaftar ketika Minggu Perkasa Putra juga diwajibkan hadir.
Terima kasih.

Isnin, 28 September 2009

LATIHAN DEBAT DIRAJA 2009 TERBARU

Assalamualaikum wbt.

Bulan Ramadhan telah berlalu. Diharapkan masih belum terlambat buat Kelab Debat Bahasa Melayu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat penganut-penganut beragama Islam yang meraikannya. Ampun maaf dipinta buat kalian semua.

Seusai habis bulan Ramadhan, jadual latihan Debat Diraja juga turut bertukar. Berikut adalah jadual terbaru:

Jumaat
9.00 malam

Sabtu
10.00 pagi

Ahad
10.00 pagi

Tempat adalah seperti biasa di Bilik Skorpio, Kolej 13.

Sehubungan dengan itu, diharapakan semua ahli yang masih berminat untuk dipilih bagi menyertai Debat Diraja kali ini dapat mengubah sikap masing-masing dengan memberi tumpuan dan komitmen yang lebih banyak untuk pertandingan kali ini.

Selepas ini tidak ada sebaran SMS akan dilakukan. Seandainya tidak dapat menghadirkan diri dengan alasan yang kukuh, sila maklumkan kepada saudari Nor Fara Syazwani bt Jufrin di talian 017-7150150.

DISIPLIN TANGGA KEJAYAAN.

Terima kasih.

Wassalam.




Isnin, 7 September 2009

PENGUMUMAN PENTING

Buat para pendebat semua, segala maklumat tentang Liga Debat Putra boleh diperolehi di laman web ligadebatputra.wordpress.com. Anda boleh klik di ruangan sebelah kanan blog ini untuk capaian pantas. Maaf atas segala kesulitan.

Khamis, 3 September 2009

LIGA DEBAT PUTRA: JADUAL PERLAWANAN SARINGAN 1

TARIKH/ HARI: 5 September 2009/ Sabtu
WAKTU: 9.45 malam

KUMPULAN 1

Perlawanan: K12 vs K17
Tuan rumah: K12
Usul: Sukan Medium Terbaik Memupuk Semangat Perpaduan

Perlawanan: KPZ vs K14
Tuan rumah: KPZ
Usul: Kita Perlukan Satu Malaysia


KUMPULAN 2

Perlawanan: K11(J) vs KMR
Tuan rumah: K11
Usul: Sekolah Satu Aliran Wadah Terbaik Pembentukan Negara Bangsa

Perlawanan: KC vs ASASI
Tuan rumah: KC
Usul: Perlembagaan Negara Sudah Tidak Dijunjung


KUMPULAN 3

Perlawanan: K5 vs K15
Tuan rumah: K5
Usul: Negara Dunia Ketiga Perlukan Teknologi Nuklear

Perlawanan: K13 vs KTP
Tuan rumah: K13
Usul: Kita Ketandusan Ikon Mahasiswa


KUMPULAN 4

Perlawanan: K10 vs K6
Tuan rumah: K10
Usul: Isu Pengangguran: Graduan Kita Manja

Perlawanan: KOSASS vs K16
Tuan rumah: KOSASS
Usul: Kokurikulum Berkredit Pemangkin Pembentukan Insaniah

LIGA DEBAT PUTRA: SUSUNAN JADUAL PERLAWANAN

PUSINGAN

TARIKH

PERLAWANAN

TUAN RUMAH

1

05 Sept 2009

A

B

A

C

D

C

E

-

2

12 Sept 2009

E

A

E

B

C

B

D

-

3

03 Okt 2009

A

D

A

E

B

E

C

-

4

10 Okt

2009

C

A

C

D

E

D

B

-

5

17 Okt

2009

B

D

B

E

C

E

A

-